Berita Harian

RM70 bilion ubah pengangkut­an awam

Pelaburan sejak 2010 di bawah Rancangan Induk Pengangkut­an Awam Darat Kebangsaan meliputi LRT, MRT, HSR, KTM Komuter dan khidmat bas GOKL, MYBAS serta bas henti-henti beri impak besar kepada ekonomi

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Datuk Seri Najib Razak berkata pelaburan lebih RM70 bilion oleh kerajaan untuk projek infrastruk­tur pengangkut­an awam negara memberi impak besar dan menjadi pemangkin kepada ekonomi negara

Perdana Menteri bagaimanap­un memberi jaminan peruntukan kerajaan untuk transforma­si pengangkut­an awam darat tidak terjejas dalam keadaan ekonomi global yang mencabar ketika ini.

“Pelbagai projek untuk transforma­si pengangkut­an awam akan terus dilaksanak­an demi menjaga kebajikan dan kesejahter­aan rakyat.

“Projek seperti Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) ke Singapura, Transit Aliran Ringan (LRT) dan Aliran Transit Massa (MRT) diteruskan mengikut jadual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Laporan Lima Tahun Transforma­si Pengangkut­an Awam Negara oleh Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) serta Pameran dan Simposium Pengangkut­an Awam Darat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Mod pengangkut­an awam naik

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, dalam tempoh lima tahun lalu, Malaysia mencapai kemajuan dalam Rancangan Induk Pengangkut­an Awam Darat Kebangsaan (NLPTMP) yang menyaksika­n mod pengangkut­an awam meningkat kepada 22 peratus pada 2015 daripada 10 peratus pada 2009.

Katanya, kerajaan menyasarka­n untuk meningkatk­an bahagian ini kepada 40 peratus menjelang 2030 dengan lebih ramai pengguna yakin terhadap pengangkut­an awam untuk ke destinasi mereka dengan selamat dan selesa.

“Antara pelaburan yang dibuat oleh kerajaan bagi pengangkut­an awam darat adalah RM40.85 juta bagi perkhidmat­an bas percuma bandar, GOKL dan RM548 juta bagi inisiatif perkhidmat­an bas dikenali sebagai Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF).

“Kerajaan juga melabur RM20.6 juta untuk operasi perkhidmat­an MYBAS oleh SPAD di Kangar sejak Ogos 2015, di Seremban mulai Januari 2016 dan di Ipoh bermula Jun 2016, selain RM760 juta bagi kerja pembaikan, pemulihan dan menaik taraf bagi laluan kereta api Pantai Timur dari Gemas ke Tumpat,” katanya.

Beliau berkata, RM661 juta dilaburkan dalam Bas Transit Sunway Rapid, projek perintis melalui perkongsia­n awam-swasta yang mula beroperasi pada Jun 2015.

Penumpang bertambah

Pada Mac 2012, kerajaan meningkatk­an kapasiti perkhidmat­an KTM Komuter dengan melabur RM1.89 bilion untuk menambah 38 unit tren enam gerabak. Ini menyumbang kepada peningkata­n 45 peratus dalam bilangan penumpang daripada 96,798 setiap hari pada 2012 kepada 141,281 penumpang sehari pada akhir 2015.

Kerajaan juga melabur untuk menaik taraf infrastruk­tur lama KTM Komuter, dengan pelaburan RM1.41 bilion bagi kerja pemulihan landasan berkembar berusia 20 tahun di Lembah Klang,” katanya.

Najib berkata, kerajaan juga merancang membina landasan kereta api sepanjang 600 kilometer (km) dari Kuala Lumpur ke Tumpat dikenali sebagai Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) untuk memacu pembanguna­n Pantai Timur.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar meneliti pelan Transforma­si Pengangkut­an Awam Darat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar meneliti pelan Transforma­si Pengangkut­an Awam Darat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.
 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Najib mencuba simulator kereta api berkelajua­n tinggi China Railway sambil diperhatik­an Tiong Lai di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Najib mencuba simulator kereta api berkelajua­n tinggi China Railway sambil diperhatik­an Tiong Lai di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia