Berita Harian

BUDAK JATUH ESKALATOR

Mangsa terlepas pegangan bapa tunduk membantu anak sulung tersepit

- Oleh Siti Sofia Md Nasir

Kanak-kanak perempuan 3 tahun retak tempurung kepala, alami pendarahan

Seorang kanak-kanak perempuan retak tempurung kepala dan mengalami pendarahan dalam kepala selepas terjatuh daripada eskalator di sebuah kompleks beli-belah di Bukit Jambul di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Nur Akilah Amani Zuraimi Hashim, 3, yang diletakkan di bahu bapanya, terjatuh dari tingkat satu di eskalator berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalath­rash Wahid, berkata kejadian berlaku ketika bapa mangsa yang sedang menaiki tangga eskalator untuk ke tingkat satu pusat belibelah berkenaan panik apabila tangan anak sulungnya yang berjalan bersamanya ketika itu tersepit.

“Bapa mangsa yang panik selepas mendapati tangan anak sulungnya tersepit di getah pemegang eskalator dipercayai menundukka­n kepalanya untuk cuba membantu anak sulungnya itu.

Jatuh ketinggian 3 meter

“Namun, tanpa disedari, bapanya terlepas daripada memegang mangsa yang diletakkan di atas bahunya, menyebabka­n kanak-kanak itu jatuh pada ketinggian kirakira tiga meter,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mior Faridalath­rash berkata, mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut dan kini ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi (ICU) wad pediatrik.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendatangk­an kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Hairi, berkata dia terdengar dua dentuman kuat, sebelum melihat seorang kanak-kanak perempuan terbaring atas lantai di tingkat bawah kompleks beli-belah itu, dalam keadaan tubuh yang sudah kaku.

“Ketika itu, seorang lelaki Bangladesh mengangkat kanak-kanak terbabit dan terus menyerahka­n kepada bapa mangsa sebelum dia dibawa ke restoran berdekatan. Orang ramai mula mengerumun­i

restoran terbabit dan mujur seorang lelaki yang juga doktor berusia 50-an memberi bantuan penafasan (CPR) kepada kanak-kanak itu.

“Doktor berkenaan kemudian memberitah­u yang kanak-kanak terbabit masih hidup dan tangannya bergerak selepas diberikan bantuan CPR, lalu mangsa dibawa ke hospital oleh ambulans yang tiba tidak lama selepas itu,” katanya.

Sementara itu, usaha BH mendapatka­n komen daripada ahli keluarga mangsa tidak berhasil apabila mereka enggan memberikan kerjasama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia