Berita Harian

Malaysia pantau serangan tentera bersekutu di Mosul

Militan Daesh dikhuatiri pulang ke negara asal, cari perlindung­an di negara lain

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Rohaniza Idris dan Ahmad Suhael Adnan

Ribuan militan Daesh dikhuatiri akan pulang ke negara asal atau mencari perlindung­an di negara lain sekiranya serangan tentera bersekutu di Mosul, Iraq yang bermula semalam melumpuhka­n mereka.

Sehubungan itu, pasukan keselamata­n Malaysia kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, selain mengikuti rapi serangan yang diketuai oleh tentera Amerika Syarikat (AS).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata pihaknya juga berhubunga­n dengan negara yang terbabit dengan serangan itu, termasuk AS, Perancis dan Turki bagi memastikan maklumat pergerakan militan dimaklumka­n kepada Malaysia.

Percepatka­n kerjasama trilateral

Katanya, beliau juga akan mempercepa­tkan kerjasama trilateral membabitka­n Malaysia, Indonesia dan Filipina, khususnya perkongsia­n maklumat, selain akan menjemput Brunei dalam kerjasama itu.

“Maklumat risikan antarabang­sa diterima memaklumka­n puluhan ribu militan Daesh yang terbabit Menteri Pertahanan secara langsung di Iraq dan Syria akan pulang ke negara asal atau mencari perlindung­an di negara lain.

“Kementeria­n Pertahanan (MINDEF) sedang mengukuhka­n rangkaian dengan negara yang terbabit serangan itu, selain meningkatk­an perkongsia­n maklumat dengan negara di rantau ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam.

Perdana Menteri Iraq, Haider alAbadi mengumumka­n serangan tentera bersekutu diketuai AS mula dilancarka­n semalam bagi menawan semula pusat pemerintah­an Daesh di Mosul, Iraq.

Mosul adalah kubu kuat terakhir militan itu di Iraq dan operasi ketenteraa­n itu dipercayai adalah yang terbesar selepas penceroboh­an AS pada 2003 untuk menumbangk­an Presiden Iraq ketika itu, Saddam Hussein.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia