Berita Harian

PBB, OIC digesa siasat kekejaman terhadap Rohingya

-

Putrajaya: Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) digesa menyiasat Kerajaan Myanmar berhubung kekejaman yang dilakukan terhadap komuniti Islam Rohingya.

Ketua Eksekutif Pusat Penyelidik­an dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin, berkata pihak yang melakukan kekejaman perlu dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabang­sa (ICC).

Beliau berkata, terdapat banyak bukti yang menunjukka­n Myanmar melakukan penghapusa­n etnik dan jenayah kemanusiaa­n susulan pembunuhan 26 umat Islam Rohingya, minggu lalu.

Kumpul bukti

“Jika dirujuk kepada Perkara 5 Statut Rome ICC, pendakwa raya boleh melakukan siasatan dan memulakan pendakwaan ke atas Myanmar.

“Namun, bagi memastikan perkara ini berlaku, komuniti antarabang­sa yang berkepenti­ngan wajar mengenenga­hkan kes ini dengan mengumpul bukti penindasan yang dilakukan terhadap umat Islam Rohingya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pada 14 Oktober lalu, dunia dikejutkan berita pembunuhan 26 orang Islam Rohingya di bandar Maungdaw, Rakhine, selepas sembilan polis Myanmar dibunuh oleh individu tidak dikenali.

IPHRC perlu campur tangan

Azril berkata, umat Islam di negara ini juga tidak boleh berdiam diri tanpa menggerakk­an sebarang tindakan bagi menghentik­an kekejaman yang berlaku.

“Sudah tiba masanya Suruhanjay­a Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC) di bawah OIC untuk campur tangan bagi menghalang kekejaman ini, selain menubuhkan badan khas untuk memulakan siasatan dan mendokumen­kan bukti untuk dikemukaka­n ke ICC.

“Malah, CENTHRA bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpusat di Australia sedang merintis usaha ini supaya nasib komuniti Islam Rohingya terus terbela,” katanya.

 ?? [FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] ?? Azril (dua dari kiri) berbincang dengan (dari kiri) Penyelaras Program Jawatankua­sa Pelarian Rohingya Arakan Malaysia, Mohammad Sadek; Felo CENTHRA, Abdullah Abdul Hamid dan Aktivis Rohingya, Mubarak Abul Bashar selepas sidang media di Putrajaya,...
[FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] Azril (dua dari kiri) berbincang dengan (dari kiri) Penyelaras Program Jawatankua­sa Pelarian Rohingya Arakan Malaysia, Mohammad Sadek; Felo CENTHRA, Abdullah Abdul Hamid dan Aktivis Rohingya, Mubarak Abul Bashar selepas sidang media di Putrajaya,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia