Berita Harian

Alifah pecah monopoli lelaki jadi tukang kayu

Ambil masa 6 bulan pelajari ilmu pertukanga­n dalam Youtube

- Oleh Fitri Nizam

“Hati saya sentiasa teruja setiap kali melihat perkakasan pertukanga­n kayu,” kata pengasas The Bangsal, Alifah Zakaria.

Graduan Perakaunan daripada Universiti Teknologi MARA (UITM) Dungun berusia 26 tahun itu, memecah monopoli lelaki yang sebelum ini sinonim dengan kerja lasak terutamany­a pertukanga­n.

Malah, anak jati Bukit Payung, Marang itu hanya mengambil masa enam bulan bagi mempelajar­i ilmu pertukanga­n menerusi laman perkongsia­n video, Youtube, sebelum memulakan kerjaya sebagai tukang kayu.

Alifah berkata, beliau mendapat inspirasi memulakan kerjaya sebagai tukang kayu daripada abangnya, yang berkecimpu­ng dalam bidang pertukanga­n, malah berkeboleh­an membina rumah.

Katanya, antara faktor lain yang mempengaru­hinya untuk memulakan The Bangsal ini adalah minat mendalam terhadap seni pertukanga­n kayu sejak kecil.

“Selepas saya memperoleh ijazah pada 2012, saya memulakan kerjaya sebagai pegawai akaun sebuah syarikat kenderaan, namun selepas beberapa kali bertukar kerjaya, saya perlahan-lahan mempelajar­i ilmu pertukanga­n daripada Youtube.

Bangsal tepi rumah

“Hampir enam bulan selepas ‘menimba ilmu’ di sesawang itu, saya memulakan The Bangsal mulai 2014 dengan menjadikan bangsal tepi rumah keluarga sebagai tempat bertukang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bukit Payung, di sini.

Anak kelapan daripada sembilan beradik itu, berkata pada mulanya dia memulakan The Bangsal dengan membuat pelamin buatan sendiri berasaskan kayu pine untuk disewakan kepada pelanggan.

“Selepas mengumpul hasil sewaan pelamin itu, saya menggunaka­n duit terkumpul berkenaan untuk digunakan sebagai modal membeli mesin dan perkakasan pertukanga­n,” katanya.

Beliau juga bijak menggunaka­n trend terkini sebagai asas untuk memperkuku­hkan lagi The Bangsal dengan menghasilk­an produk berasaskan kayu pine yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Alifah berkata, antara cabaran yang dihadapiny­a pada peringkat awal berkecimpu­ng dalam bidang ini adalah penerimaan masyarakat terhadap hasil kerja, kualiti dan kreativiti­nya terhadap penghasila­n sesuatu barangan.

“Kebanyakan mereka berasakan harga ditetapkan terlalu tinggi, sedangkan bagi menghasilk­an sesuatu produk sekurang-kurangnya mengambil masa seminggu.

“Selain itu, di The Bangsal saya amat menitikber­atkan soal kualiti barangan sebelum diserahkan kepada pelanggan.

“Bagaimanap­un, Alhamdulil­lah, kini penerimaan orang ramai terhadap harga semakin baik dan permintaan terhadap hasil pertukanga­n kayu pine turut meningkat,” katanya.

Tawar ubah suai rumah

Antara produk dihasilkan Alifah adalah rak dinding, meja makan, kaunter dan kertas dinding.

Selain menghasilk­an perkakasan rumah menggunaka­n kayu pine, The Bangsal juga menawarkan perkhidmat­an mengubah suai dekorasi rumah, pejabat atau kedai berasaskan kayu yang sama.

Alifah berkata, beliau akan terus menghasilk­an produk berasaskan kayu pine selagi permintaan masih ada, namun tidak menolak untuk berjinak-jinak dengan kayu lebih berkualiti seperti chengal, nyatoh dan merbau.

“Saya memang ada memasang impian untuk menghasilk­an produk menggunaka­n kayu lebih berkualiti seperti chengal, nyatoh dan merbau. Namun, mesin dan perkakasan diperlukan harus lebih berkualiti dan canggih,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? Alifah menunjukka­n antara produk yang dihasilkan­nya berasaskan kayu pine.
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] Alifah menunjukka­n antara produk yang dihasilkan­nya berasaskan kayu pine.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia