Berita Harian

Bajet 2017 turut tumpu kepada industri terjejas

-

Kuala Lumpur: Bajet 2017 antara lain akan memberi tumpuan kepada industri yang terjejas akibat kemerosota­n ekonomi dunia yang mengekang perdaganga­n antarabang­sa, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, bajet juga akan meliputi langkah untuk memperkasa dan memacu ekonomi negara dalam mendepani cabaran kelembapan ekonomi dunia ketika ini.

“Perancanga­n dan olahan Bajet 2017 akan terus memperkasa dan memacu ekonomi negara untuk kesejahter­aan rakyat secara inklusif dan saksama,” katanya menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (Dap-kepong) mengenai kedudukan ekonomi negara dan langkah memperbaik­inya.

Mengenai keadaan ekonomi negara, katanya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tumbuh 5 peratus tahun lalu, mengatasi negara serantau seperti Indonesia (4.8 peratus), Thailand (2.8 peratus) dan Korea Selatan (2.6 peratus).

Malah, beliau berkata, ekonomi negara berkembang pada kadar lebih tinggi berbanding ekonomi dunia Perdana Menteri yang berkembang pada kadar 3.2 peratus dan bagi tahun ini, ekonomi negara pada separuh pertama berkembang pada kadar 4.1 peratus dan diunjur berkembang pada kadar 4-4.5 peratus bagi 2016.

Momentum ekonomi lembab

“Penurunan kadar pertumbuha­n KDNK bagi tahun ini berbanding tahun lalu berpunca daripada momentum pertumbuha­n ekonomi dunia yang agak lembab dan penurunan eksport Malaysia. Harga komoditi seperti minyak, gas, sawit dan mineral turut merosot.

“Perkembang­an geopolitik di Eropah yang dikejutkan oleh Brexit, turut menambah ketidakten­tuan ekonomi dunia. Bagaimanap­un, kerajaan tetap komited untuk mengurangk­an defisit fiskal negara kepada 3.1 peratus tahun ini berbanding 3.2 peratus tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menegaskan, Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) adalah penyelamat kepada ekonomi Malaysia ketika negara berdepan cabaran ketidakten­tuan ekonomi global.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia