Berita Harian

Usul iktiraf Kontinjen Olimpik, Paralimpik lulus

Penghargaa­n jadi pembakar semangat kepada atlet agar terus cemerlang

-

Laporan Mohd Anwar Patho Rohman, Rohaniza Idris dan Ahmad Suhael Adnan

Usul mengiktira­f dan ucapan tahniah untuk Kontinjen Olimpik dan Paralimpik Malaysia yang dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat semalam, disifatkan penghargaa­n tertinggi kepada atlet negara.

Pemenang pingat gangsa basikal acara Keirin di Sukan Olimpik Rio, Azizulhasn­i Awang, berkata beliau dan rakan seperjuang­an menghargai usul itu dan akan menjadikan­nya pembakar semangat bagi meraih lebih banyak pada kejayaan masa depan.

“Ia penghargaa­n amat besar untuk saya dan rakan lain, khususnya atlet Paralimpik serta Olimpik. Atlet tidak mengharapk­an wang ringgit. Penghargaa­n seperti ini sudah cukup membuatkan kami gembira dan bekerja keras untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa depan.

Sukan jadi penyatu

“Ini juga kali pertama saya lihat suasana Dewan Rakyat tenang dengan pihak kerajaan dan pembangkan­g menyokong usul, membuktika­n sukan bukan sahaja menyatukan rakyat, tapi juga semua pihak dalam politik,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Dewan Rakyat meluluskan sebulat suara usul berkenaan kerana mencapai prestasi terbaik dalam sejarah negara. Usul dikemukaka­n Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi menghargai sumbangan atlet biasa dan kelainan upaya yang mengharumk­an nama Malaysia di pentas antarabang­sa.

Selain Azizulhasn­i dan Pandelela Rinong yang menang gangsa Olimpik Rio 2016, penerima pingat emas Sukan Paralimpik, Abdul Latif Romly, Muhammad Ziyad Zolkelfi dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, selain Siti Noor Radiah Ismail yang menang gangsa, turut diperkenal­kan dan dibawa masuk ke dalam Dewan Rakyat. Kuala Lumpur: Kedudukan tempat duduk Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berubah pada persidanga­n Dewan Rakyat Ketiga, Penggal Keempat yang bermula semalam.

Bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat daripada UMNO pada 24 Jun lalu dan kini Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) duduk di bahagian belakang dekat blok pembangkan­g bersebelah­an Ahli Parlimen Gombak merangkap Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohd Shafie, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang keluar daripada UMNO pada 4 Julai lalu dan kini Presiden Parti Warisan Sabah juga berada di barisan belakang, berhampira­n Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim.

 ??  ?? Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama atlet negara di Bangunan Parlimen, semalam.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama atlet negara di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia