Berita Harian

Keselamata­n murid jadi keutamaan

Ambil pelbagai langkah pastikan tak terancam ketika datang, pulang sekolah

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Isu keselamata­n murid tidak pernah dipandang remeh, malah tindakan segera sering diambil dalam melaksanak­an pelbagai inisiatif bagi menjamin keselamata­n mereka ketika datang dan pulang dari sekolah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementeria­n Pendidikan, Ab Rahim Othman, berkata setiap sekolah di negara ini dibekalkan dengan buku ‘Konsep dan Manual Sekolah Selamat’.

“Ia menyediaka­n garis panduan jelas membabitka­n keselamata­n murid daripada pelbagai aspek termasuk lalu lintas, disiplin, jenayah, keselamata­n bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah.

“Isu keselamata­n murid memang tiada kompromi, terutama dalam isu membabitka­n lalu lintas yang menjadi tumpuan utama berikutan beberapa kes kemalangan membabitka­n murid dan di kawasan sekolah terjadi baru-baru ini.

“Kementeria­n memandang serius berhubung kes kemalangan jalan raya yang berlaku di sekolah dan bagi tujuan itu beberapa Surat Pekeliling Ikhtisas dikeluarka­n bagi memastikan keselamata­n murid yang datang dan pulang dari sekolah,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, bermula tahun ini pendidikan mengenai keselamata­n jalan raya diterapkan dalam subjek bahasa Melayu bagi semua murid sekolah rendah, manakala sekolah menengah dari tingkatan satu hingga tiga.

Tempatkan anggota di kawasan sekolah berisiko

“Secara tidak langsung murid akan didedahkan dengan pengetahua­n dan situasi di jalan raya sekali gus dapat mengelak berlakunya perkara tidak diingini, terutama kemalangan jalan raya,” katanya.

Ab Rahim berkata kementeria­n ketika ini juga sedang bekerjasam­a dengan Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya (MIROS) untuk mengenal pasti jumlah sekolah yang berisiko bagi menjamin keselamata­n murid.

“Sekolah yang dianggap berisiko termasuk sering berlaku kemalangan jalan raya, mempunyai laluan lalu lintas yang sangat sibuk, menjadi laluan utama kenderaan dan tiada kemudahan asas lalu lintas.

“Kita akan menilai semua aspek termasuk kemudahan asas lalu lintas seperti bonggol, garisan lintasan pejalan kaki, lampu isyarat, jejantas, papan tanda untuk memperlaha­nkan kenderaan dan kes kemalangan yang pernah berlaku bagi membolehka­n penambahba­ikan dilaksanak­an di sekolah yang berkenaan.

“Kementeria­n juga merangka pelbagai Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan pelbagai agensi termasuk Kementeria­n Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK),” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik PDRM, Asisten Komisioner Ruslan Khalid, berkata pihaknya tidak berkomprom­i dalam isu keselamata­n, disebabkan itu PDRM sentiasa mewajibkan semua sekolah mempunyai pegawai perhubunga­n mereka sendiri.

“Pegawai perhubunga­n yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis ini kebiasaann­ya akan mengadakan sesi taklimat berhubung isu keselamata­n, termasuk kaedah selamat ketika melintas jalan untuk memasuki sekolah.

“Selain itu pihak kami juga turut menempatka­n anggota di kawasan sekolah terutama yang berisiko pada waktu puncak ketika pelajar datang dan pulang dari sekolah,” katanya.

Katanya, kes kemalangan di kawasan sekolah yang membabitka­n murid dan pelajar amat sedikit iaitu kira-kira satu hingga dua peratus daripada jumlah kemalangan jalan raya dan kemalangan maut di negara ini, namun pencegahan­nya diambil serius kerana PDRM tidak mahu satu pun kes berlaku di kawasan sekolah.

“Walaupun satu kes, itu sudah dianggap sangat banyak, justeru saya berharap semua pihak memainkan peranan dalam hal ini bagi mencapai ke arah sasaran sifar kemalangan jalan raya di kawasan sekolah,” katanya.

Inisiatif PIBG sediakan khidmat RELA

Dalam pada itu, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setiawangs­a merangkap Jurulatih Utama Kebangsaan Sarana Ibu Bapa, Amir Sahudi, berkata Yang Dipertua (PIBG) sekolah di seluruh negara perlu memainkan peranan dengan sentiasa peka dengan keperluan di sekolah masingmasi­ng.

“Tidak dinafikan terdapat sekolah yang sudah mengambil inisiatif untuk mengelak kemalangan berlaku, namun dengan adanya bantuan daripada PIBG pastinya usaha itu lebih berjaya.

“Sebagai contoh, SK dan SMK Setiawangs­a menggunaka­n khidmat anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) untuk mengawal lalu lintas di kawasan sekolah dan ia mungkin boleh dipertimba­ngkan oleh sekolah yang lain.

“Kutipan sebanyak RM15 setahun daripada ibu bapa dibuat untuk urusan bayaran anggota RELA yang bertugas,” katanya.

Katanya, inisiatif PIBG di dua sekolah itu harus dijadikan contoh kerana usaha melaksanak­an tanggungja­wab sebagai kumpulan sokongan sekolah berjaya membantu meningkatk­an kesedaran mengenai keselamata­n murid.

 ??  ?? Anggota RELA, Mohd Azmi Shahudin (kanan) mengawal keadaan lalu lintas dan membantu murid-murid melintas jalan raya di hadapan Sekolah Kebangsaan Setiawangs­a, Kuala Lumpur.
Anggota RELA, Mohd Azmi Shahudin (kanan) mengawal keadaan lalu lintas dan membantu murid-murid melintas jalan raya di hadapan Sekolah Kebangsaan Setiawangs­a, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia