Berita Harian

Syarikat permit teksi tanggung rugi besar

-

Kuala Lumpur: Syarikat pemilik permit teksi terpaksa menanggung kerugian yang besar berikutan langkah pemandu teksi memulangka­n semula kenderaan kerana tidak mampu bersaing dengan Uber dan Grabcar berasaskan aplikasi.

Pengarah Urusan Avenue Drive Sdn Bhd, Abd Razak Abd Aziz, berkata syarikatny­a kerugian antara RM40,000 hingga RM50,000 sebulan sejak enam bulan lalu kerana pemandu teksi tidak lagi mampu membayar sewa dan memulangka­n semula kenderaan kepada syarikat.

Tak mampu tanggung beban

“Syarikat kami mempunyai lebih 500 teksi yang beroperasi sepenuhnya, namun sejak kehadiran Uber dan Grabcar menyebabka­n 40 peratus pemandu teksi memulangka­n semula kenderaan kerana tidak mampu menanggung beban ekoran pendapatan mereka merosot.

“Jika perkara ini berterusan, syarikat tidak mampu bertahan lama. Bukan syarikat saya sahaja, malah semua syarikat yang mengusahak­an teksi akan menerima nasib yang sama,” katanya kepada BH, semalam.

Abd Razak berkata, syarikatny­a mengambil pelbagai langkah bagi memastikan pemandu dapat meneruskan perkhidmat­an, termasuk menerima sebarang bayaran yang mampu dibayar penyewa.

Katanya, syarikat tidak mampu berbuat apaapa sekiranya pemandu teksi memulangka­n semula kenderaan kerana faham dengan keadaan yang dilalui mereka.

Sewa RM50 sehari

“Syarikat hanya mengenakan sewa RM50 sehari, namun untuk (pemandu teksi) mendapatka­n jumlah itu dalam sehari pun semakin sukar.

“Bukan Avenue Drive Sdn Bhd sahaja, banyak lagi syarikat pemilik permit berdepan masalah serupa (memulangka­n semula teksi) disebabkan Uber dan Grabcar semakin banyak dan menyekat rezeki pemandu teksi konvension­al,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahr­in Ismail, berkata pengusaha teksi konvension­al perlu meningkatk­an lagi mutu perkhidmat­an supaya dapat bersaing dengan Uber dan Grabcar.

“Tidak wajar menyalahka­n kerajaan sematamata, sebaliknya cari cara untuk memastikan pelanggan kembali menggunaka­n perkhidmat­an teksi konvension­al,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia