Berita Harian

Teksi boleh guna sistem panggilan Uber, Grabcar

-

Kuala Lumpur: Sistem ‘e-hailing’ (e-panggilan) seperti yang digunakan perkhidmat­an Uber dan Grabcar, bakal diperluask­an kepada perkhidmat­an teksi menerusi pindaan Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010 (APAD) dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n 1987 (LPKP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri, berkata sistem e-hailing tidak harus dilihat sebagai saingan tetapi harus digunakan sebagai peluang oleh pemandu teksi serta pelengkap dalam mengimbang­i tawaran perkhidmat­an sesuai dengan permintaan dan aliran pasaran.

Katanya, e-hailing itu nanti perlu beroperasi tertakluk kepada peruntukan dan seliaan undang-undang seperti operasi sedia ada dalam industri teksi.

“Langkah kawal selia ini adalah wajar bagi memastikan keselamata­n penumpang dan pemandu terus diberikan tumpuan,” katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dari PAS pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, pindaan APAD dan Akta LPKP itu akan dibentangk­an pada sidang Dewan Rakyat, tahun depan.

Nancy berkata, dasar baharu penggunaan perkhidmat­an e-hailing Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam industri teksi menunjukka­n kepekaan dan keprihatin­an kerajaan yang mengambil kira pandangan dan keperluan kesemua pihak berkepenti­ngan dalam merangka arah tuju masa depan industri berkenaan.

Katanya, sistem itu antara inisiatif baharu Program Transforma­si Industri Teksi (TITP) yang mengandung­i 11 tindakan bagi meningkatk­an mutu perkhidmat­an teksi.

Mohon lesen individu

Selain e-hailing, Nancy berkata, SPAD juga membuka peluang pemandu teksi sistem sewa pajak di bawah kelas teksi bermeter dan kereta sewa supaya memohon lesen individu.

“Mereka yang mahu keluar dari sistem sewa pajak turut berpeluang menerima geran RM5,000 daripada kerajaan sebagai subsidi kos membeli kenderaan baharu dan mereka diberikan pilihan jenama dan model kenderaan sesuai untuk kelas penumpang.

“Kerajaan juga memastikan terma kontrak dalam sistem pajak teksi ditambah baik dengan tumpuan kepada kebajikan pemandu selain kawal selia dalam kontrak pajak teksi supaya tidak wujud tindakan berat sebelah dan melindungi kedua-dua pihak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Sistem e-hailing antara inisiatif baharu Program Transforma­si Industri Teksi (TITP) yang mengandung­i 11 tindakan bagi meningkatk­an mutu perkhidmat­an teksi.
Sistem e-hailing antara inisiatif baharu Program Transforma­si Industri Teksi (TITP) yang mengandung­i 11 tindakan bagi meningkatk­an mutu perkhidmat­an teksi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia