Berita Harian

Benteng, ban di Kedah, Selangor dimusnah ombak

Tiada pemindahan penduduk dilaporkan di Perak

- Oleh Rafidah Mat Ruzki, Mohd Roji Kawi, Petah Wazzan Iskandar, Ifwan Tun Tuah dan Nurul Fhatihah Zakinan

̌

Fenomena air pasang besar yang melanda perairan sekitar Selangor, Kedah dan Perak mula menampakka­n kesan kemusnahan teruk kepada pesisir pantai apabila benteng yang dibina sebagai penghadang ombak turut musnah.

Selain benteng sementara dibina penduduk menggunaka­n longgokan guni pasir sepanjang pesisir pantai, laluan batas ban yang menjadi pemisah antara laut, pantai dan tali air turut gagal menampung impak hentaman ombak yang didorong kelajuan angin sehingga 50 kilometer sejam (km/j).

Di BH yang meninjau lokasi terjejas di sekitar pesisir pantai di Kota Kuala Muda mendapati kesan kerosakan cukup jelas apabila struktur benteng di beberapa lokasi ranap sama sekali, terutama di Kampung Sungai Meriam dan Kampung Sungai Yu.

Berdasarka­n maklumat, benteng berkenaan dibina penduduk bulan lalu iaitu ketika kali pertama kawasan berkenaan dibadai ombak akibat fenomena air pasang besar, namun kerosakan dialami semakin teruk apabila dibadai gelombang kedua bermula kelmarin.

Keadaan itu menyebabka­n air laut

Sungai Petani,

melimpah bukan sahaja ke tali air dan sawah berhampira­n, tetapi turut memenuhi kawasan penempatan menyebabka­n sekurang-kurangnya 24 keluarga membabitka­n 85 mangsa terpaksa berpindah ke empat pusat pemindahan.

Seorang penduduk Kampung Paya, Abdul Samad Othman, 69, berkata batas ban di kampung itu dan kampung bersebelah­an tidak lagi mampu menahan ombak sejak fenomena air pasang besar mula berlaku bulan lalu sehingga menyebabka­n kawasan berkenaan dinaiki banjir sehingga paras 0.5 meter.

“Ia (benteng dan batas ban) rosak teruk dan jika ia tidak dibaiki segera, maka sudah pasti sawah yang terjejas tidak dapat digunakan... selain tali air yang menyediaka­n bekalan air bersih untuk ke bendang juga dipenuhi air masin,” katanya.

Penduduk Kampung Masjid, Saifurizal Mohamad, 51, berkata setiap kali air pasang rumahnya akan dibanjiri sehingga menyebabka­n kawasan rumah dipenuhi air, malah ban yang ada juga rosak dan tidak mampu menahan ombak.

Pelan pembanguna­n benteng

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim, berkata pihaknya mempunyai pelan pembanguna­n benteng di sepanjang pesisiran pantai sejauh tujuh kilometer di kawasan berkenaan yang membabitka­n kos RM16 juta.

Katanya, kertas cadangan pembinaan akan dibentangk­an kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan jika dapat dibuat dalam masa terdekat, ia mampu menyelesai­kan masalah dialami untuk jangka masa panjang.

Di penduduk Kampung Seri Keramat yang menghadapi banjir selepas benteng sepanjang 40 meter di kampung itu pecah, mendesak

Klang,

kerajaan Selangor membina benteng konkrit dan menanam pokok bakau di kawasan berkenaan.

Penduduk, Ishak Hanafiah, 57, berkata tanah gembur digunakan membina semula benteng tidak sesuai kerana boleh dihanyutka­n arus deras pada masa depan.

“Saya kena tiga kali (banjir), pagi tadi ketinggian air mencecah satu meter. Lima hari lepas ia dibaik pulih kena lagi. Jadi saya persoalkan di manakah kualitinya?

“Saya tidak menyalahka­n petugas kerana mereka sudah bekerja sehingga malam, sebaliknya apa bahan yang digunakan?

“Saya minta jaminan tapi dia (Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) kata sementara. Kita boleh terima jaminan sementara tetapi sampai bila?” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmin ketika ditemui pemberita, berkata hanya satu benteng di Selangor pecah akibat air pasang besar kali ini.

Katanya, pada masa ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menambak kawasan itu, termasuk meletakkan kira-kira 4,000 guni pasir untuk mengukuhka­n struktur berkenaan.

Benteng yang pecah itu menyebabka­n Kampung Seri Keramat tiga kali dilanda banjir sejak pagi kelmarin, sehingga memaksa lebih 100 penduduk berlindung di pusat pemindahan banjir di Dewan Datuk Ahmad Razali.

Di Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Manjung menggunaka­n 3,000 beg guni berpasir sebagai benteng bagi mengurangk­an risiko dinaiki air berpunca daripada fenomena air pasang besar di Kampung Bagan Panchor, Pantai Remis.

Jurutera JPS Daerah Manjung, M Sasitharan, berkata kedudukan kampung itu yang berhampira­n dengan laut dan dikeliling­i sungai antara faktor ia mudah dinaiki air.

Ipoh,

 ??  ??
 ?? [ FOTO IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT ] ?? Air dari Sungai Bako membanjiri kedai kepunyaan penduduk disebabkan fenomena air pasang besar di Kampung Bako Lama, Kuching.
[ FOTO IHSAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT ] Air dari Sungai Bako membanjiri kedai kepunyaan penduduk disebabkan fenomena air pasang besar di Kampung Bako Lama, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia