Berita Harian

Keadaan di PD, Melaka terkawal

-

Port Dickson: Pegawai Daerah Port Dickson, Khairy Maamor, berkata tiada ban atau tembok penahan ombak dilaporkan mengalami kerosakan berikutan fenomena air pasang besar di daerah itu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana daerah, berkata pihaknya bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), membuat pemantauan sepanjang masa bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini.

“Kita dapati ban dan tembok penahan ombak di beberapa kawasan di tepi pantai tidak terjejas.

Tembokpena­hanterbena­m

Bagaimanap­un, sebahagian kecil tembok penahan hakisan yang sepatutnya terbenam dalam tanah di Teluk Kemang, didapati terdedah pagi tadi (semalam) namun tidak memberi sebarang kesan terhadap orang ramai.

“Kita bersyukur kerana mengikut ramalan cuaca, hari ini (semalam) adalah hari ombak paling besar berikutan fenomena air pasang besar, namun keadaan laut kelihatan tenang dan tiada mana-mana kampung atau perumahan dinaiki air,” katanya di sini, semalam.

Di bahagian pesisir pantai negeri ini dilaporkan terkawal dan tiada mangsa dipindahka­n sehingga jam 6 petang semalam.

Pengarah Agensi Pertahanan Awam (APM) negeri, Leftenan Kolonel (PD) Effendy Ali, berkata pihaknya menjalanka­n pemantauan rapi sejak Ahad lalu bagi menghadapi sebarang kemungkina­n fenomena air pasang besar.

Melaka,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia