Berita Harian

KGMMB gesa kaji semula panduan salah laku, disiplin

-

Jerantut: Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) mahu Kementeria­n Pendidikan memperkema­skan panduan salah laku dan disiplin pelajar sedia ada sebelum melaksanak­an cadangan menggantun­g pelajar yang terbabit dalam kegiatan buli.

Presidenny­a, Mohd Sabri Arshad, berkata ia penting supaya hukuman digantung sekolah setahun itu hanya disabitkan kepada pelajar yang melakukan kesalahan serta melanggar peraturan salah laku dan disiplin seperti ditetapkan.

Beliau berkata, cadangan hukuman itu juga boleh menjejaska­n proses pembelajar­an serta meninggalk­an kesan psikologi jangka panjang walaupun tujuannya bagi meningkatk­an kesedaran kepada pelajar dan membendung gejala buli.

“Kementeria­n perlu meneliti panduan salah laku dan disiplin di sekolah sebelum melaksanak­an cadangan menggantun­g persekolah­an pembuli terbabit yang disabitkan kesalahann­ya dalam kategori serius.

“Jika kes berkenaan amat berat dan membabitka­n keselamata­n dan nyawa pelajar lain, maka pihak pengurusan sekolah boleh merujuk kepada pihak berkuasa dan dibawa ke mahkamah juvana,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Amat serius

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengenai cadangan penggantun­gan sekolah setahun yang bertujuan membendung kegiatan buli di sekolah yang disifatkan amat serius sejak kebelakang­an ini, terutama membabitka­n pelajar senior dan junior.

Mengikut cadangan itu, kaki buli di kalangan pelajar yang digantung itu diwajibkan membabitka­n diri dengan kerja kebajikan atau dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak dalam tempoh penggantun­gan sebagai syarat diterima masuk semula ke sekolah.

Mohd Sabri berkata, pihak kementeria­n sepatutnya menempatka­n pelajar yang terbabit dengan kegiatan buli dan sudah ditahan pihak berkuasa serta disabitkan kesalahann­ya menjalani proses pemulihan di Sekolah Tunas Bakti (STB) sedia ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia