Berita Harian

Pelajar bermasalah perlu didisiplin­kan di sekolah

-

Mengenai cadangan supaya pelajar yang terbabit dengan kegiatan buli dikenakan penggantun­gan persekolah­an selama setahun dan mungkin diwajibkan melakukan kerja kebajikan, saya menyambut baik langkah Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengkaji lebih mendalam lagi sebelum saranan itu dilaksanak­an.

Dalam soal ini, kita berharap semua pihak dapat memberi pandangan segera mengenai perkara ini sebelum Januari depan seperti dinyatakan pihak menteri.

Ini berikutan pandangan pihak berwajib bahawa kegiatan dan kejadian buli sudah mencapai tahap serius, selain mengelak daripada langkah membuang pelajar terbabit, sekali gus menyebabka­nnya tercicir selama-lamanya.

Tambahan pula, seperti yang disuarakan menteri, tindakan membuang pelajar bermasalah banyak ditentang agensi berkaitan dengan akademik mahu pun badan bukan kerajaan (NGO).

Sehubungan itu, pihak berkewajip­an perlu betul-betul yakin dengan profil budaya dan aktiviti buli. Kedua, kita juga kena tahu sepenuhnya profil pembuli.

Tentunya lebih mendalam lagi selain hanya meletakkan kategori buli antara pelajar senior dan junior, perlu ada data lengkap peringkat mengenai aktiviti ini, meliputi aspek sosiologi, pendidikan, fizikal dan psikologi buli dan pembuli.

Bagi saya, tindakan menghukum pembuli di luar sistem sekolah tidak begitu realistik dan kurang berkesan. Pembuli wajib dikenakan hukuman dalam premis dan persekitar­an peraturan serta garis panduan KPM iaitu di sekolah yang terbabit.

Kaedah psiko-pendidikan

Selain itu, KPM masih boleh menggunaka­n masa selama setahun bukan dengan menggantun­g persekolah­an hingga pelajar berada di luar sekolah tetapi mengekalka­n pembuli dalam sistem sekolah dengan menggunaka­n kaedah psikopendi­dikan, terutama rawatan disiplin yang sesuai.

Pelajar terbabit juga wajib menjalani kaunseling dan sesi rawatan psikologi sosial untuk memulihkan sikap, terutama bagi yang dikategori­kan sebagai pembuli tegar.

Selain itu, KPM masih boleh mendapatka­n pandangan Majlis Guru Kaunseling Kebangsa- an untuk menentukan kawalan dan jadual khusus kepada pembuli di sekolah ini.

Pelajar yang menjadi pembuli pada asasnya wajib dipulihkan melalui ekosistem persekolah­an, bukannya melalui ekosistem komuniti. Dalam konteks ini, pembuli masih boleh diarah melakukan kerja komuniti dan kebajikan dalam ruang lingkup sistem persekolah­an dan proses tumbesaran mereka masing-masing.

Adalah baik KPM menggunapa­kai dasar, peraturan dan garis panduan sendiri daripada membawa pembuli kepada peraturan dan garis panduan institusi luar sekolah.

Pengurusan pelajar bermasalah disiplin tegar seperti sekolah pemulihan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh diterapkan oleh pihak KPM melalui kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam Anjakan 9 Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia KPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia