Berita Harian

Fadillah diiktiraf Persekutua­n Jalan Antarabang­sa

-

Kuala Lumpur: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga tunjang dalam Program Pembanguna­n Lebuh Raya Malaysia, semalam menerima anugerah

daripada Persekutua­n Jalan Antarabang­sa (IRF).

Pengerusi IRF, Abdullah Al-mogbel, berkata pengiktira­fan tertinggi itu diberikan kepada penggiat industri pengangkut­an yang komited dan banyak menyumbang kepada pembanguna­n industri berkenaan dan boleh dijadikan inspirasi dalam menyelesai­kan masalah jaringan infrastruk­tur perhubunga­n di Asia.

Ketelitian pembinaan jalan

“Anugerah ini juga akan mengukuhka­n ikatan pihak berkepenti­ngan dalam industri pengangkut­an di Malaysia dan profesiona­l seluruh dunia,” katanya berucap pada Kongres Persekutua­n Jalan Antarabang­sa Wilayah Asia Ke-2 yang bermula semalam sehingga 20 Oktober ini, di sini.

Sementara itu, Fadillah berkata, dunia mengiktira­f Malaysia berikutan ketelitian pembinaan jalan dan lebuh raya, merangkumi aspek kualiti, keselamata­n dan keselesaan pengguna.

“Kita akan teruskan dengan pembanguna­n lebuh raya di negara ASEAN dan jaringan perhubunga­n lain seperti kereta api berkelajua­n tinggi di Asia, membabitka­n Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei dan China,” katanya.

Mengenai projek Rangkaian Lebuh Raya ASEAN, beliau berkata, Malaysia sedang berunding dengan negara jiran, antaranya Brunei, Indonesia dan Thailand untuk mengenal pasti jalan bagi menghubung­kan laluan ke negara berkenaan.

Sementara itu, katanya, Malaysia merintis projek jaringan jalan raya selamat di kawasan sesak dengan pemasangan teknologi penghadang dari Korea Selatan, iaitu Sistem Pengadang Keselamata­n Beroda ETI di Subang Jaya, Selangor selama dua tahun bagi memantau keberkesan­annya.

“Sistem itu yang mampu mengurangk­an risiko kemalangan maut akan diperluask­an ke kawasan lain jika berkesan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia