Berita Harian

Tanah Aina harumkan pelanconga­n Malaysia

Terima anugerah antarabang­sa cemerlang dalam perniagaan

- Oleh Zubir Mohd Yunus

Tanah Aina Sdn Bhd mengharumk­an nama Malaysia pada peringkat antarabang­sa selepas menerima anugerah The Bizz 2016 daripada Gabungan Dunia Perniagaan (WORLDCOB).

Anugerah berprestij itu diberikan sebagai pengiktira­fan kepada syarikat berkenaan kerana cemerlang dalam perniagaan, khususnya industri ekopelanco­ngan apabila memberi penekanan kepada kepentinga­n pemulihara­an alam semulajadi menerusi perniagaan resort diusahakan­nya.

Pengarah Urusan Tanah Aina, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil yang menerima anugerah itu di Maghribi baru-baru ini, berkata pengiktira­fan terbabit membuktika­n Tanah Aina mampu berdaya saing dengan perniagaan diterajui syarikat gergasi antarabang­sa.

“Kejayaan ini amat penting kepada semua warga kerja yang sentiasa berusaha keras memastikan jenama Tanah Aina berjaya mengorak langkah di pentas antarabang­sa. Ia menyuntik semangat kami untuk terus berkembang dalam perniagaan ekopelanco­ngan, kulinari dan kecergasan,” katanya.

Pulihara alam semula jadi

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) berkata, setiap jenama Tanah Aina mempunyai keunikan tersendiri dalam memastikan alam semula jadi terpelihar­a daripada aktiviti penceroboh­an.

Selain mengusahak­an Tanah Aina Farrah Soraya, iaitu resort mesra alam eksklusif di Bentong, Pahang, jenama lain di bawah pengurusan syarikat itu ialah resort eksklusif sekitar Pahang, Johor dan Selangor yang dikenali dengan nama Farhana, Fareena, Farouq, Azareena dan Fahad, selain pusat kecergasan dan kafe.

Pengiktira­fan itu melayakkan Tanah Aina menjadi ahli WORLDCOB, sebaris syarikat gergasi dunia seperti Dubai Duty Free di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Doha Bank (Qatar), Hospitalit­y Board Holding Company (Arab Saudi), Insurance Company Zhaso (Russia), Mindzet (Denmark) dan Bucharest Airport National Company (Romania).

Edisi The Bizz sebelum ini diadakan di bandar utama Amerika Syarikat (AS) seperti New York, Las Vegas, Washington, Miami, Orlando serta Haiwaii, selain Rome dan Barcelona di Sepanyol, Paris (Perancis), Dubai dan Abu Dhabi (UAE), Venice (Itali) serta Athens (Greece). Berpusat Galak,

 ??  ?? Shariffa Sabrina menerima anugerah paling berprestij The Bizz 2016 daripada WORLDCOB di Marrakesh, Maghribi, baru-baru ini.
Shariffa Sabrina menerima anugerah paling berprestij The Bizz 2016 daripada WORLDCOB di Marrakesh, Maghribi, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia