Berita Harian

Yuran universiti awam masih rendah

Kerajaan tak cadang kaji bayaran kerana kadar rendah, tak bebankan pelajar: Idris

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Rohaniza Idris dan Ahmad Suhael Adnan

Kerajaan tidak bercadang menyemak semula yuran pengajian di universiti awam (UA) kerana kadar yang dikenakan ketika ini secara relatifnya masih rendah atau hampir percuma dan tidak begitu membebanka­n mahasiswa.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata pelajar UA juga ditawarkan pelbagai bantuan kewangan untuk belajar, khasnya pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan biasiswa Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

“Kos di universiti awam kita murah, seterusnya bantuan pendidikan pelajar banyak, PTPTN biayai 200,000 pelajar, kita ada JPA, Yayasan Tunku Abdul Rahman, Yayasan Negeri dan yayasan lain, bantuan pendidikan negara kita banyak,” katanya menjawab soalan dikemukaka­n Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pkr-permatang Pauh) pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Terdahulu, Dr Wan Azizah bertanya adakah kerajaan bercadang menyemak semula yuran akademik di UA bagi mengurangk­an bebanan kos pelajar untuk mendapatka­n pendidikan tinggi dalam negara.

Persoal yuran UNISEL

Sementara itu, Dewan Rakyat digamatkan dengan tingkah laku Ahli Parlimen pembangkan­g apabila Normala Abdul Samad (Bn-pasir Gudang) mempersoal mengapa Universiti Negeri Selangor (UNISEL) tidak memberi pendidikan percuma kepada pelajar.

Katanya, UNISEL berada di bawah pentadbira­n kerajaan negeri Pakatan Harapan dipimpin Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dewan Rakyat menjadi kecoh apabila Tian Chua (PKR-BATU), G Manivannan (Pkr-kapar) dan Hanipa Maidin (Aparti Amanah Negara-sepang) bangun mencelah tanpa kebenaran Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika menteri ingin menjawab soalan berkenaan.

Idris menjawab sambil menyindir “sebelum pilihan raya ini jadi isu hangat kononnya apabila kita (pembangkan­g) memerintah nanti, akan beri pendidikan percuma”.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia