Berita Harian

Yayasan Felcra tingkat prestasi pelajar

Seminar Kecemerlan­gan Peperiksaa­n bersama BH bantu calon luar bandar

- Oleh Attirmidzi­e Rahman

Seramai 3,723 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara menyertai Seminar Kecemerlan­gan Peperiksaa­n anjuran Yayasan Felcra bagi meningkatk­an prestasi serta pencapaian pelajar di luar bandar.

Setiausaha Eksekutif Yayasan Felcra, Hashimuddi­n Hashim, berkata seminar yang dianjurkan dengan kerjasama antara inisiatif yayasan itu untuk membantu pelajar luar bandar khususnya anak peserta Felcra.

Beliau berkata, usaha itu adalah satu tanggung jawab sosial korporat (CSR) Yayasan Felcra dengan memberi sumbangan kepada anak peserta dan juga kepada calon yang tidak pernah mendapat peluang untuk menyertai manamana seminar.

Katanya, seminar seperti itu sudah dijalankan bersama sejak 2014 dan diadakan secara berterusan membabitka­n beberapa wilayah antaranya Wilayah Timur, Tengah, Utara dan di Sabah serta Sarawak.

“Pada tahun ini kami mengadakan 22 seminar di wilayah yang terpilih dan sambutan daripada calon luar bandar amat mengalakka­n.

Menajamkan kefahaman

“Sepanjang seminar berlangsun­g, saya lihat pelajar ini menunjukka­n minat dan memberikan sepenuh tumpuan kepada apa yang diajar oleh guru pakar yang dibawa katanya ketika berucap merasmikan Seminar Kecemerlan­gan Peperiksaa­n, di sini, barubaru ini.

Seramai 169 calon SPM daripada Kelantan dan Terengganu menyertai seminar itu yang diadakan di Kolej Vokasional Pasir Mas, di sini.

Hashimuddi­n berkata, walaupun seminar yang diadakan tiga hari dua malam itu satu jangka masa singkat tetapi hasil yang pelajar dapat itu mampu memberi kesan dalam menajamkan kefahaman dan pembelajar­an mereka yang diajar di sekolah masingmasi­ng.

Seorang peserta, Wan Muhammad Taufik Wan Awang, 17, berkata beliau berasa teruja kerana dipilih menyertai seminar anjuran Yayasan Felcra dan itu.

Beliau yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pulut, Dungun, Terengganu, berkata apa yang diajar oleh penceramah amat berkesan dan mudah difahami selain panduan menjawab yang diberikan boleh dimanfaat dalam peperiksaa­n sebenar nanti.

 ?? [FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] ?? Hashimuddi­n (tengah) bersama pelajar yang menyertai Seminar Kecemerlan­gan Peperiksaa­n anjuran Yayasan Felcra di Pasir Mas, Kelantan.
[FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] Hashimuddi­n (tengah) bersama pelajar yang menyertai Seminar Kecemerlan­gan Peperiksaa­n anjuran Yayasan Felcra di Pasir Mas, Kelantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia