Berita Harian

TKC sasar menjadi sekolah bertaraf antarabang­sa

-

Seremban: Kolej Tunku Kurshiah (TKC) menyasarka­n untuk menjadi sekolah bertaraf antarabang­sa, sekali gus mengekalka­n kecemerlan­gan pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik sematamata bahkan turut merangkumi aspek kokurikulu­m.

Sasaran itu dijangka dapat dicapai terutama menerusi kemudahan Arena Sukan Tunku Arishah (TASA) yang siap dibina sejak sekolah berkenaan berpindah ke bangunan baharu di Bandar Enstek di sini, sejak empat tahun lalu.

Pengetua TKC, Anismah M Noh, berkata pelajar perlu memanfaatk­an fasiliti yang disediakan itu dengan sebaiknya di samping menggunaka­n platform berkenaan untuk melakar lebih banyak kejayaan, terutama dalam bidang sukan.

Katanya, penyediaan kemudahan seumpama itu secara tidak langsung diharap dapat meningkatk­an keyakinan dan pembabitan pelajar dalam acara sukan seiring kecemerlan­gan akademik pendidikan mereka.

Program sukan

“Sebelum ini kami perlu bergantung kepada kemudahan luar untuk mela kukan aktiviti dan program berkaitan sukan

“Selain itu, kami juga mahu prasarana pendidikan yang seiring Teknologi Informasi dan Perhubunga­n (ICT),” katanya.

TASA turut dilengkapi dengan padang hoki dan pavilion serta trek larian lapan lorong 400 meter yang mengikut piawaian Persekutua­n Olahraga Antarabang­sa (IAAF).

Majlis perasmian TASA disempurna­kan oleh Yang dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di sini, barubaru ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia