Berita Harian

7 kementeria­n bantu tangani virus zika

Langkah pencegahan bantu bendung penyebaran virus jadi wabak

- Oleh Mohd Anwar Patho Rohman, Rohaniza Idris dan Ahmad Suhael Adnan

Kerjasama tujuh kementeria­n dan pelbagai agensi berjaya membantu mengurangk­an kes denggi dan menghentik­an penyebaran virus zika di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m, berkata langkah pencegahan dan kawalan yang kukuh diambil kerajaan membantu menghentik­an jangkitan virus zika daripada menjadi wabak.

Tiada kluster baharu

“Kita hanya mempunyai kes sporadis virus zika sekarang dan tidak Menteri Kesihatan ada kejadian kluster baharu atau wabak dilaporkan setakat ini,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Bnlenggong) pada sidang Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Dr Subramania­m berkata, tindakan agresif diambil kerajaan menunjukka­n hasil positif kerana hanya tujuh kes zika dilaporkan setakat ini, iaitu masing-masing dua kes di Sabah dan Johor serta masing-masing satu kes di Selangor, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n.

Bebas virus

“Antara 31 Ogos hingga 8 Oktober lalu, terdapat 180 kes pesakit dengan gejala zika, tetapi ujian dilakukan mengesahka­n hampir semua penghidap bebas virus berkenaan,” katanya.

Dr Subramania­m berkata, kerajaan berjaya melaksanak­an semua langkah perlu bagi menangani penyebaran virus berkenaan iaitu menerusi pencegahan, pengawalan dan penguranga­n.

Beliau berkata, langkah pencegahan juga membantu memastikan tiada anggota pasukan Malaysia di Sukan Olimpik Rio menghidap zika.

Katanya, satu pasukan petugas kebangsaan mengenai zika juga mengeluark­an garis panduan cara mengendali­kan penyakit ini, terutama kaedah mengenal pasti gejala dan kesannya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Seorang petugas Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor menyembur asap bagi mengawal pembiakan nyamuk aedes.
[FOTO HIASAN] Seorang petugas Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor menyembur asap bagi mengawal pembiakan nyamuk aedes.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia