Berita Harian

Susu Marigold HL ditarik balik serta-merta

-

Kuala Lumpur: Malaysia Milk Sdn Bhd (Malaysia Milk) menarik balik produk susu Marigold HL 200 mililiter dan satu liter daripada pasaran serta-merta kerana terjejas akibat pencemaran bakteria.

Pengurus Besar Malaysia Milk, Poh Eng Lip, berkata tindakan berkenaan dilakukan selepas menerima maklum balas pelanggan berhubung produk susu berperisa coklatnya lebih pekat daripada biasa.

“Walaupun maklum balas pelanggan merujuk secara khusus kepada susu Marigold HL berperisa coklat, kami mengambil langkah proaktif menarik balik produk susu lain, termasuk Marigold HL lemak rendah, berperisa strawberi dan sterol tumbuhan.

“Bagaimanap­un, hanya produk susu Marigold HL dengan tarikh luput sebelum 7 November bagi Semenanjun­g Malaysia dan tarikh luput sebelum 11 November bagi Sabah, Sarawak serta Labuan yang ditarik balik serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kenal pasti punca masalah

Eng Lip berkata, pasukan Unit Kawalan Kualiti dan Pengilanga­n sudah mengenal pasti punca masalah terbabit dan sudah menyelesai­kannya.

Beliau berkata, kesan sampingan jika terminum susu rosak boleh menyebabka­n perut rasa kurang selesa, namun ia tidak memberi kesan sampingan untuk jangka panjang.

Katanya, pelanggan yang sudah membeli produk terbabit dinasihatk­an supaya memulangka­nnya kepada Malaysia Milk.

“Malaysia Milk memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku akibat penarikan balik produk kerana aspek kesihatan dan keselamata­n pelanggan adalah keutamaan kami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia