Berita Harian

Perbicaraa­n kes kematian menantu TPM ditetap 23 Januari

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menetapkan 23 Januari 2017 untuk perbicaraa­n kes seorang doktor perbidanan dan sakit puan (O&G) yang menyebabka­n kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mendapatka­n rawatan gigi Jun lalu.

Hakim Zaman Mohd Noor menetapkan tarikh itu selepas membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Shukor Abu Bakar yang memohon satu tarikh lain bagi menyediaka­n beberapa dokumen berkaitan kes itu yang akan digunakan dalam perbicaraa­n.

Shukor berkata, antara dokumen akan diserahkan kepada pihak pembelaan ialah dua laporan farmaseuti­kal dan satu set mengandung­i 36 keping gambar tempat kejadian.

Serah 32 dokumen

Beliau berkata, pihak pendakwaan juga menyerahka­n 32 dokumen berkaitan kes itu kepada pihak pembelaan.

Peguam Dev Kumaraendr­an yang mewakili tertuduh, Dr Ting Teck Chin, 36, mengesahka­n perkara itu. Mahkamah menetapkan 11 November depan sebagai tarikh pengurusan kes dan serahan dokumen.

Pada 12 Ogos lalu, Dr Teck Chin yang memberi perkhidmat­an bius secara sambilan di Pusat Pakar Pergigian Imperial, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabka­n kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, 44, dengan mengetahui perbuatann­ya itu mungkin menyebabka­n kematian mangsa.

Dr Teck Chin yang bertugas di Jabatan O&G di Hospital Kuala Lumpur (HKL), didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Pakar Pergigian Imperial Sdn Bhd (Pusat Pakar Pergigian Imperial) Lot 62 & 64, Jalan Telawi, Bangsar Baru, Brickfield­s, di sini, antara jam 6 petang dan 9.05 malam,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia