Berita Harian

Cucu hentak kepala warga emas guna alu lesung

-

Kota Bharu: Seorang wanita warga emas parah di kepala selepas dihentak alu lesung oleh cucunya di Jalan Cita Jaya, Kampung Banggol Kulim, Pasir Mas, kelmarin.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Siti Asa Samat, 67, berada di bahagian dapur rumahnya sebelum dipukul oleh cucunya.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad, berkata mangsa dipukul selepas menyuruh suspek makan pulut kuning yang disediakan.

“Suspek tiba-tiba mengamuk sebelum mengambil alu lesung yang berada berdekatan dengannya lalu memukul kepala neneknya itu.

“Ekoran kejadian itu, mangsa parah di kepala dan hidung sebelum dikejarkan ke Hospital Pasir Mas (HPM), tetapi kemudian dipindahka­n ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Suspek ditahan reman

Ibrahim berkata, suspek yang berusia 21 tahun itu kemudian diserahkan keluargany­a kepada polis selepas kejadian itu.

Katanya, hasil ujian awal saringan air kencing mendapati suspek positif tetrahydpo­cannabinol atau ganja.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini (semalam) sehingga Khamis ini bagi tujuan siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan parah kepada mangsa,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH keluaran 17 Oktober
Keratan akhbar BH keluaran 17 Oktober

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia