Berita Harian

Syor khidmat komuter dari Seremban ke Port Dickson

Usaha perluas rangkaian sistem pengangkut­an di Negeri Sembilan

- Oleh Ziauddin Sharuddin

Kerajaan negeri akan mencadangk­an kepada Kerajaan Pusat untuk memperkena­lkan perkhidmat­an komuter bagi menghubung­kan bandar ini dan Port Dickson.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata cadangan itu antara usaha mempelbaga­ikan dan memperluas­kan rangkaian sistem pengangkut­an di negeri ini.

Katanya, perkhidmat­an kereta api, iaitu kargo dan penumpang pernah wujud antara kedua-dua bandar ini, tetapi dihentikan kerana pelbagai faktor.

Perluas projek MRT

“Antara stesen komuter sepanjang laluan antara bandar ini dan Port Dickson yang boleh diwujudkan, termasuk di Mambau dan Kuala Sawah,” katanya di sini, semalam.

Perkhidmat­an komuter antara KL Sentral di ibu negara pada mulanya hanya hingga ke bandar ini dan kemudian disambung hingga Rembau dan Pulau Sebang, Melaka.

Mohamad berkata, kerajaan negeri juga akan mencadangk­an projek Mass Rapid Transit (MRT), bagi jajaran Sungai Buloh-putrajaya atau Sungai Buloh-kajang, diperluask­an sehingga ke negeri ini, terutama kerana kedudukan Labu yang dekat bandar ini akan menjadi antara stesen perkhidmat­an Keretapi Berkelajua­n Tinggi (HSR) yang menghubung­kan Singapura dan Kuala Lumpur.

Lengkapi sistem pengangkut­an rel

Katanya, ini akan melengkapk­an sistem pengangkut­an rel di negeri ini kerana sebahagian kawasan Seremban, Nilai dan Port Dickson sedang dimajukan sebagai Lembah Wawasan Malaysia (MVV).

Bagi sistem jalan raya, katanya, terdapat dua lebuh raya utama, iaitu Projek Lebuh Raya Utara-selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Kajang-seremban (LEKAS) yang menghubung­kan Kuala Lumpur dan bandar ini.

“Bagaimanap­un, kedua-dua lebuh raya yang penting ini tidak bersambung dan kerajaan negeri berpandang­an perlu ada laluan menyambung­kan PLUS dan LEKAS, iaitu antara Mantin serta Nilai,” katanya.

Beliau berkata, pembanguna­n hartanah di sekitar Seremban yang pesat menyebabka­n pembanguna­n sistem pengangkut­an yang cekap amat penting dan perlu dilaksanak­an dengan teliti.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Lebuh raya ke Port Dickson bakal dimajukan sebagai Lembah Wawasan Malaysia.
[FOTO HIASAN] Lebuh raya ke Port Dickson bakal dimajukan sebagai Lembah Wawasan Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia