Berita Harian

Kelantan anjur karnival ICT, usahawan online

-

Kota Bharu: Kerajaan negeri akan menganjurk­an Karnival Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta Usahawan Online Kelantan 2016 untuk memberi pendedahan dan galakan kepada masyarakat berkenaan perkembang­an ICT serta pembanguna­n sains.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Infrastruk­tur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad, berkata penganjura­n program selama tiga hari di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, akan bermula pada 27 hingga 29 Oktober ini.

Beliau berkata, 46 gerai disediakan dalam karnival itu dan lebih RM400,000 diperuntuk­kan bagi menjalanka­n pelbagai aktiviti menerusi Program Pembanguna­n Sains dan Teknologi (PPST) tahun ini.

“Kita juga menyasarka­n nilai jualan sebanyak RM200,000 bagi penganjura­n karnival itu dengan matlamat menarik kira-kira 5,000 anak muda, selain golongan dewasa,” katanya pada sidang media pengumuman penganjura­n karnival berkenaan di Kota Darulnaim di sini, semalam.

Perluas perniagaan dalam bidang ICT

Sementara itu, Hanifa berkata, PPST pada asalnya adalah program yang diperkenal­kan Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Katanya, kerajaan negeri berharap orang ramai terutama usahawan dalam talian dapat memanfaatk­an peluang disediakan menerusi karnival berkenaan kerana ia boleh membantu memberi pendedahan berguna kepada mereka bagi mengembang­kan perniagaan dalam bidang ICT.

“Karnival itu turut menawarkan hadiah cabutan bertuah seperti telefon pintar dan peralatan komputer kepada pengunjung di sepanjang karnival itu berlangsun­g,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia