Berita Harian

28 pelajar Jepun selami budaya kita

-

Johor Bahru: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kempas berusaha menyemarak­kan budaya dan adat resam rakyat Malaysia pada Program Lawatan Pengantara­bangsaan Sekolah Tinggi Matsue Jyoshi, dekat sini, semalam.

Program kali kedua diadakan itu disertai 56 pelajar Tingkatan Empat termasuk 28 pelajar Matsue Jyoshi bertujuan mengenali kepelbagai­an tradisi masyarakat tempatan.

Kehadiran pelajar pengantara­bangsaan seawal jam 10 pagi itu disambut paluan kompang oleh pelajar SMK Kempas sebagai tanda meraikan lawatan sambil belajar ke negara ini.

Majlis disempurna­kan Penolong Kanan Pentadbira­n SMK Kempas, Rosliza Taib dengan Guru Besar Sekolah Tinggi Matsue Jyoshi, Hata Tsutomu yang turut menandatan­gani pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MOU) antara dua sekolah terbabit sebagai simbolik pertukaran budaya.

Belajar bahasa tempatan

Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk persembaha­n kebudayaan, makanan tempatan dan muzik tradisiona­l.

Peserta, Miku Matsumoto, 17, mengakui seronok dapat menyertai program itu kerana ia memberi peluang kepadanya mempelajar­i bahasa tempatan, selain mencuba makanan tradisi rakyat tempatan dan menyaksika­n persembaha­n kebudayaan tempatan yang disifatkan­nya sangat unik.

“Program pertukaran budaya ini menggalakk­an komunikasi dua hala antara pelajar tempatan dan antarabang­sa, sekali gus merapatkan hubungan kemasyarak­atan kerana dapat mempelajar­i dan mendalami budaya berbeza antara kedua-dua negara,” katanya.

 ?? [FOTO NURUL AMANINA SUHAINI /BH] ?? Rosliza dan Tsutomu bertukar dokumen selepas menandatan­gani MOU sebagai simbolik pertukaran budaya sempena Program Lawatan Pengantara­bangsaan Sekolah Tinggi Matsue Jyoshi di SMK Kempas, Johor Bahru, semalam.
[FOTO NURUL AMANINA SUHAINI /BH] Rosliza dan Tsutomu bertukar dokumen selepas menandatan­gani MOU sebagai simbolik pertukaran budaya sempena Program Lawatan Pengantara­bangsaan Sekolah Tinggi Matsue Jyoshi di SMK Kempas, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia