Berita Harian

Jamin bilik penginapan untuk pelancong tahun depan cukup

Kerajaan negeri giat buat persiapan sempena Tahun Melawat Pahang 2017

- Oleh Nurul Nadira Shaari

Jumlah bilik penginapan ditawarkan di negeri ini mencukupi bagi memenuhi keperluan pelancong dalam dan luar negara sempena Tahun Melawat Pahang (TMP) 2017, kata Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Beliau berkata, mengikut statistik setakat ini, Pahang memiliki 29,000 bilik hotel, resort, chalet dan inap desa di 11 daerah di negeri ini.

Katanya, statistik itu menunjukka­n negeri ini berada di tangga kedua selepas Wilayah Persekutua­n yang memiliki 32,000 bilik penginapan untuk pelancong.

Sentiasa jaga kebersihan

“Ini bermakna, pelancong yang berkunjung ke Pahang tidak berdepan masalah mendapat kemudahan penginapan sepanjang mereka di sini.

“Pada masa sama, kita juga meminta pemain industri supaya sentiasa menjaga kebersihan, bersikap sopan santun dan menawarkan jaminan keselamata­n serta keselesaan kepada pelancong sepanjang mereka berkunjung ke Pahang pada tahun depan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Anjur kursus berterusan

Mohd Sharkar berkata, kerajaan negeri menerusi agensi dan jabatan berkaitan pelanconga­n juga akan mengadakan kursus secara berterusan kepada penggiat industri pelanconga­n sebagai persiapan terakhir penganjura­n TMP 2017.

Beliau berkata, pihaknya akan menganjurk­an beberapa kursus berkenaan iaitu di zon tengah daerah Temerloh, Jerantut dan Bera serta zon barat bagi daerah Bentong, Lipis, Raub dan Cameron Highlands.

“Kursus ini penting kepada pemain industri pelanconga­n sendiri bagi meningkatk­an keyakinan mereka apabila berdepan pelancong dari pelbagai negara yang akan ke Pahang tahun depan,” katanya.

 ??  ?? Mohd Sharkar Shamsudin
Mohd Sharkar Shamsudin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia