Berita Harian

Harga ikan di Pulau Pinang meningkat sehingga 60 peratus

CAP minta KPDNKK ambil tindakan tegas penjual ambil kesempatan

- Oleh Nurazimah Mohamed Benyamin

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menerima aduan berhubung kenaikan harga ikan antara 30 hingga 60 peratus di negeri ini, sejak seminggu lalu.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata kebanyakan peniaga memberi alasan kenaikan harga itu berikutan kekurangan hasil tangkapan kerana keadaan laut bergelora ketika ini, sekali gus menyebabka­n nelayan tidak turun ke laut.

Beliau berkata, apa yang mengecewak­an, kebanyakan ikan di pasaran ketika ini adalah bekalan lama yang disimpan selama seminggu, sebelum dijual kepada pengguna dengan mengenakan harga ikan segar.

“Harga ikan di negeri ini naik sebanyak 30 hingga 60 peratus berikutan fenomena air pasang besar yang melanda perairan Pulau Pinang sejak beberapa hari lalu.

Bebankan pengguna

“Kami menerima aduan daripada pengguna di Pasar Bayan Baru yang menyatakan harga ikan mengalami peningkata­n mendadak dan keadaan ini sekali gus membebanka­n pengguna,” katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Mengulas lanjut, SM Mohamed berkata, pengusaha restoran makanan laut juga dikesan turut menaikkan hidangan yang dijual iaitu sebanyak 30 hingga 50 sen seekor, bergantung kepada jenis ikan.

“Ikan yang mengalami peningkata­n mendadak termasuk bawal, senangin dan kembung.

“Justeru, CAP meminta Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) mengambil tindakan lebih tegas kepada penjual yang mengambil kesempatan terhadap situasi yang berlaku,” katanya.

 ??  ?? SM Mohamed Idris
SM Mohamed Idris
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia