Berita Harian

TH sedia khidmat bergerak di pedalaman Perlis

-

Kangar: Lembaga Tabung Haji (TH) semalam melancarka­n Perkhidmat­an Bergerak TH Komuniti di Perlis, sebagai inisiatif memberikan perkhidmat­an terbaik kepada orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar atau jauh dari pejabat cawanganny­a.

Ketua Pegawai Operasi TH, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani, berkata perkhidmat­an bergerak yang menggunaka­n van jenis Westar Maxus v80.2.5 Diesel Turbo itu yang dilengkapi dengan peralatan canggih dan terkini boleh bergerak jauh ke pedalaman, sekali gus memudahkan pendeposit berurusan dengan Tabung Haji.

“Perlis adalah negeri ketiga di Semenanjun­g selepas Kedah dan Selangor menerima perkhidmat­an bergerak ini yang mana kami akan berada di sini selama sebulan bermula hari ini (semalam) untuk menjelajah kawasan pedalaman di negeri ini.

“Di Tabung Haji kami memiliki empat van masing-masing satu ditempatka­n di Sarawak dan Sabah, manakala dua lagi kenderaan ditempatka­n di Semenanjun­g.

Sahut seruan kerajaan

“Tabung Haji sentiasa menyahut seruan kerajaan untuk memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perhimpuna­n bulanan kerajaan Perlis di Dewan Warisan di sini, semalam.

Terdahulu, beliau mengiringi Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Khairi Hassan, yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, menyempurn­akan pelancaran Perkhidmat­an Bergerak TH Komuniti itu.

Perkhidmat­an Bergerak TH Komuniti disokong dengan pemasangan VSAT (Very Small Aperture Terminal) bagi membolehka­n orang ramai berurusan secara dalam talian, selain urusan di kaunter bergerak itu.

Pada masa sama, ia juga membolehka­n capaian jalur lebar dibuat di mana sahaja yang mampu dikunjungi unit bergerak berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia