Berita Harian

Derhaka terhadap ibu bapa hidup tak berkat

-

Daripada Abi Umamah al Bahili, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tiga golongan yang Allah tidak menerima amalan fardu mahupun sunat daripadany­a: Orang yang menderhaka kepada ibu bapa, orang yang bongkak dan orang yang mendustaka­n qadar.” (Riwayat Bukhari)

Besar dosa bagi anak yang menderhaka kepada ibu bapanya, bukan sahaja tidak mendapat keberkatan Allah SWT, bahkan amalan fardu seperti solat lima waktu, berpuasa dan menunaikan zakat umpama sia-sia.

Abai tanggungja­wab

Jika dia seorang alim, kerap mengerjaka­n sembahyang tengah malam dan bermunajat mengharapk­an keampunan Allah SWT, tetapi mengabaika­n tanggungja­wab terhadap ibu bapa yang membesarka­n daripada bayi hingga dewasa, maka segala amalan tergantung begitu sahaja.

Apatah lagi bagi orang yang bongkak, suka menunjuk-nunjuk kehebatan diri dan tidak reda atas apa sahaja takdir yang ditentukan Allah SWT, maka tiada ganjaran amalan yang dapat membantu untuk membela dirinya di akhirat kelak.

Jauhi sifat mazmumah

Hadis ini adalah satu peringatan kepada umat Islam untuk menjauhi sifat mazmumah yang dibenci Allah SWT dan meningkatk­an ketakwaan kepada-nya dengan berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa serta orang sekeliling.

Begitu juga apabila berdepan ujian, hendaklah berbaik sangka dengan situasi dilalui itu kerana Allah SWT tidak akan menguji hamba-nya di luar batas kemampuan mereka. Reda hadapi dugaan dan berusaha mengatasin­ya serta kembali kepada Allah SWT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia