Berita Harian

Isteri diplomat bantu perkenal Malaysia

Aktif buat program amal, kumpul dana bantu masyarakat di Namibia

- Oleh Ida Alina Salleh

Sekumpulan isteri diplomat Malaysia yang mengikut suami bertugas di perantauan menggunaka­n peluang itu untuk aktif dalam pelbagai program, khususnya membabitka­n aktiviti kebajikan.

Inisiatif yang sama dilakukan oleh Persatuan Wanita Kementeria­n Luar Negeri (Perwakilan) di Windhoek, Namibia, yang dianggotai isteri diplomat merancang pelbagai program untuk kepentinga­n ahli dan masyarakat setempat.

Ahli Perwakilan di Windhoek, Namibia, Ida Alina Salleh, berkata dalam usaha meneruskan kelangsung­an hidup di perantauan, mereka menjalanka­n pelbagai aktiviti, selain berkongsi pengalaman dan kemahiran untuk dimanfaat bersama-sama.

“Tugas yang disandang oleh suami secara automatik menjadikan saya dan ahli perwakilan di sini tidak duduk diam untuk melaksanak­an pelbagai aktiviti.

Perkenal budaya, tradisi Malaysia

“Selain itu, kami sebagai isteri diplomat sewajarnya membantu suami memainkan peranan memperkena­lkan budaya dan tradisi Malaysia kepada rakyat negara tuan rumah,” katanya yang mengikut suaminya, Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Namibia, Hishamuddi­n Ibrahim, bertugas di negara itu, awal tahun ini.

Ida Alina berkata, aktiviti lain yang dijalankan ialah menganjurk­an majlis rasmi bersama rakan diplomat bertujuan meningkatk­an profil Malaysia dalam kalangan masyarakat setempat.

Menerusi program itu, ia dapat meningkatk­an hubungan silaturahi­m dengan isteri diplomat dan perwakilan lain, khususnya yang sudah lama menetap di Namibia.

“Saya mengadakan perbincang­an dengan isteri diplomat mengenai latar belakang golongan sasar dan bentuk bantuan yang sesuai, termasuk mengumpul dana dan barangan keperluan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengadakan majlis amal ‘Bake With Love’ dengan kerjasama Suruhanjay­a Tinggi Malaysia dan pertubuhan kebajikan di negara itu, The Mammadu Trust bagi membantu anak yatim mencapai tahap kehidupan lebih sempurna

“Menerusi program itu, kami membantu mengagihka­n makanan kepada 41 kanak-kanak kurang bernasib baik di rumah anak yatim di Otjomuise yang terletak di pinggir bandar Windhoek,” katanya.

Ida Alina berkata, aktiviti amal lain yang dijalankan ialah mengadakan program kempen membaca dalam kalangan kanak-kanak, terutama anak yatim.

“Hampir setiap minggu saya dan ahli persatuan wanita berkunjung ke sini, mengendali­kan program membaca dan menyumbang makanan untuk anak yatim,” katanya.

Anjur program kesedaran membaca

Beliau berkata, Persatuan Pasangan Diplomatik di Namibia turut membantu menjayakan program kesedaran membaca yang dianjurkan bersama Kementeria­n Pendidikan dan Kebudayaan Namibia di Wilayah Khomas, Perpustaka­an Katutura, Windhoek, pelajar University of Namibia, ahli perniagaan, penulis dan komuniti diplomat setempat.

“Usaha ini mendapat sokongan padu daripada isteri Presiden Namibia, Madame Monica Geingos,” katanya.

Beliau berkata, Perwakilan juga berpeluang membantu meningkatk­an kesedaran masyarakat setempat dengan menggubal dan melancarka­n laman sesawang https://readnamibi­a.wordpress.com bertujuan memberikan akses kepada bahan bacaan percuma, serta maklumat tambahan untuk masyarakat di negara terbabit.

 ??  ?? Ida Alina membaca buku kepada kanak-kanak Namibia ketika program kesedaran membaca di Mammadu.
Ida Alina membaca buku kepada kanak-kanak Namibia ketika program kesedaran membaca di Mammadu.
 ??  ?? Mesyuarat Ahli Jawatankua­sa Induk Kempen Membaca berbincang mengenai pengisian program anjuran mereka.
Mesyuarat Ahli Jawatankua­sa Induk Kempen Membaca berbincang mengenai pengisian program anjuran mereka.
 ??  ?? Hishamuddi­n (empat dari kiri) bergambar bersama sukarelawa­n selepas program amal di Mammadu.
Hishamuddi­n (empat dari kiri) bergambar bersama sukarelawa­n selepas program amal di Mammadu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia