Berita Harian

Cerita realiti dalam gambar

Exodus-deja Vugabung 6 jurugambar bawa mesej kemanusiaa­n

- Oleh Siti Haliza Yusop

Rakaman imej mayat kanakkanak kelahiran Syria, Aylan Kurdi, yang terdampar di pantai pelanconga­n Bodrum, Laut Aegean, Turki antara imej paling mengejutka­n dunia sepanjang tahun lalu dalam menyorot isu krisis pelarian.

Imej jasad kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang lemas ketika keluargany­a mahu melarikan diri daripada peperangan di negara sendiri itu memuncakka­n kemarahan masyarakat antarabang­sa.

Gambar yang diambil jurugambar Turki, Nilufer Demir itu menjadi antara imej berkaitan konflik dilalui pelarian dan imigran perang di beberapa negara yang dipaparkan melalui naskhah Exodus-deja Vu terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dengan kerjasama Vision Creates Art.

Selain Demir, enam jurugambar antarabang­sa yang terbabit dalam naskhah kompilasi seni visual fotografi itu termasuk penggiat seni kelahiran Istanbul yang berpengala­man sebagai wartawan, jurufoto dan penulis, Coskun Aral; jurugambar kelahiran Syria yang juga Pengarah Le Pont Art Gallery, Issa Touma dan jurugambar Perancis yang merakam kejatuhan rejim Khmer Rouge di Phnom Penh, Roland Neveu.

Turut serta ialah wartawan dan jurugambar bebas New York Times, Sergey Ponomarev dari Russia yang memenangi Hadiah Pulitzer 2016 serta fotojurnal­is dari Malaysia, Rahman Roslan yang imej diambilnya dipaparkan di pelbagai media luar negara termasuk The Guardian.

Mesej penting isu pelarian

Pengarah Visioncy, Patrice Vallette, berkata imej yang dipaparkan melalui Exodus-deja Vu membawa mesej penting yang memperkata­kan isu pelarian di seluruh dunia melalui kaca mata enam jurugambar terbabit.

Beliau berkata, Exodus-deja Vu yang menggabung­kan dua generasi jurugambar bukan setakat menyorot kebenaran, bahkan mendidik semua pihak mengenai isu pelarian kerana ia menjadi satu-satunya cara supaya isu berkenaan akan lebih diambil berat.

“Pelarian terpaksa meninggalk­an negara mereka tanpa rela dan Exodus-deja Vu berkongsi hasil kerja enam fotojurnal­is ini yang berada sangat dekat dengan pelarian ini. Ia membuka pintu kepada kehidupan, perkongsia­n dan harapan, selain meminta kita Pengarah Visioncy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia