Berita Harian

Pelancaran BBK 2016 di Putrajaya Khamis

-

Kuala Lumpur: Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2016 yang akan dilancarka­n secara rasmi oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid di Putrajaya, Khamis ini akan menandakan semaraknya sambutan bertemakan

Bangsa.

BBK 2016 yang akan diraikan sepanjang bulan ini hingga Disember ialah kesinambun­gan sambutan BBK yang sudah dimulakan sejak dekad 1960-an.

Ia adalah acara tahunan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sekali gus menjadi sebahagian kempen cintai bahasa Melayu yang dikendalik­an oleh agensi berkenaan.

Perkukuh, pamer jati diri

DBP dalam kenyataann­ya berkata, BBK 2016 juga adalah usaha memantapka­n, memperkuku­h dan mempamerka­n jati diri serta citra bangsa Malaysia.

“Ia bertujuan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan, mengeratka­n dan memperkuku­h perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan serta menyemarak­kan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

“Program utama BBK kali ini termasukla­h Karnival Bahasa dan Sastera yang dilaksanak­an di seluruh negara sejak awal bulan ini. Antara acara sempena BBK yang sudah berlangsun­g termasukla­h Malam Baca Puisi Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 7 Oktober lalu.

Dipilih sebagai tuan rumah

“Selain itu bermula 17 September lalu, program Semarak Bahasa Kebangsaan berlangsun­g di Perkampung­an Masyarakat Siam anjuran Kelab Siam Sektor Awam (KESSA) dan DBP di Wat Kampung Lampam, Pendang, yang disempurna­kan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong,” katanya.

Sesuai dengan peredaran masa, BBK 2016 yang memilih Putrajaya sebagai tuan rumah majlis pelancaran peringkat kebangsaan kali ini sudah beberapa kali dijenamaka­n sejak dimulakan.

Bermula sebagai Gerakan Cintailah Bahasa Kita bermula 1987 hingga 1996; Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (19962005) dan Minggu Sastera (19871998) sebelum diberikan jenama baharu pada 1999 sebagai Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) dan sedekad kemudian, dikenali sebagai BBK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia