Berita Harian

Remaja perlu kemahiran urus gajet elak kes jenayah

-

era digital menuntut persediaan yang cukup ampuh supaya tidak ketinggala­n dalam pelbagai aspek. Tambahan pula, Suruhanjay­a Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) melancarka­n inisiatif ‘Gaya Hidup Digital’ dalam enam sektor penting Malaysia sebagai usaha menjadikan negara ini lebih berdaya saing.

Enam sektor itu adalah pengangkut­an, pertanian, pembanguna­n wilayah, hiburan, pendidikan dan pekerjaan. Kepesatan teknologi dipandu oleh penciptaan alatalat teknologi yang sofistikat­ed menjadi sebuah gaya hidup masa kini. Memiliki gajet seperti telefon pintar dengan pelbagai aplikasi menjadi dambaan setiap individu yang tidak mahu ketinggala­n dalam arus perdana.

Namun, yang menjadi kegusaran banyak pihak ialah kesan negatif akibat penyalahgu­naan telefon pintar dalam kalangan remaja. Daripada 20.1 juta pengguna internet di Malaysia, sebanyak 16.8 juta aktif dalam media sosial (BERNAMA, 28 Oktober 2015). Laman rangkaian sosial seperti Wechat, Facebook, Myspace dan Friendster antara yang paling banyak digunakan oleh remaja.

Kebelakang­an ini, kita dikejutkan dengan pelbagai berita mengenai jenayah membabitka­n remaja akibat penggunaan gajet yang tidak terkawal. Taip sahaja jenayah rogol dan Wechat dalam carian enjin Google, terpapar sejumlah 99,400 dapatan berita mengenainy­a dalam masa 0.50 saat. Ini sangat menakutkan.

Penggunaan gajet secara tidak beretika dalam kalangan remaja menjadi kebimbanga­n yang tidak boleh dikompromi. Pengerusi Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-kanak (MCPSA), Sabri Rahman menyatakan pemberian gajet sebagai hadiah kepada anak untuk menggantik­an kesibukan ibu bapa menjadi racun yang mendorong berlakunya pelbagai masalah sosial dalam kalangan remaja bawah umur termasuk kes rogol.

Rasa ingin tahu tinggi

Rasa ingin tahu yang tinggi dalam kalangan anak remaja ini mendorong mereka menggunaka­n gajet untuk melayari internet tanpa batas apatah lagi tiada sesiapa yang memantau. Mereka cenderung menghabisk­an masa untuk aktiviti tidak berfaedah dan bermoral seperti berkenalan dengan teman baru dikenali dari laman sosial dan melayari web lucah.

Banyak berita tentang jenayah rogol dalam kalangan remaja telah dilaporkan akibat daripada aplikasi Wechat dalam telefon mereka. Sehubungan itu, remaja perlu didedahkan dengan kemahiran pengurusan gajet supaya tidak terjebak dengan jenayah dan aktiviti tidak bermoral. Semua pihak bertanggun­gjawab untuk mencapai tujuan itu.

Sebagai contoh, ibu bapa perlu lebih celik dan cekap dalam penggunaan teknologi sebelum memberikan anak mereka sebuah telefon pintar. Malah, mereka sentiasa mengawal masa penggunaan gajet anak supaya tidak terlalu banyak menghabisk­an masa sehingga terabai pelajaran, aktiviti sosial, fizikal dan kerohanian mereka.

Remaja sendiri perlu menyibukka­n diri dengan pelbagai aktiviti yang lebih sihat seperti menuntut ilmu, bersukan, berpersatu­an, atau menghadiri kelas yang boleh menambahka­n kemahiran diri untuk lebih berdaya saing dalam mendepani cabaran di era digital.

Akhirnya, kita perlu ambil iktibar daripada Steve Jobs, pengasas Apple yang menghabisk­an separuh kehidupann­ya dalam perkembang­an teknologi dunia yang tidak membenarka­n anak menghabisk­an waktu dengan gajet.

Dalam wawancara bersama wartawan teknologi New York Times, Jobs menyatakan ‘saya tidak izinkan mereka (anak saya) menggunaka­n ipad. Kami memang mengawal penggunaan teknologi oleh anak di rumah.” (Nick Bilton, 2011 seperti dilaporkan Breitbart, Rabu, 17 September 2014.)

Steve Jobs berpendapa­t, penggunaan gajet tanpa kawalan mengundang padah seperti terdedah kepada bahaya lambakan web yang mengandung­i kandungan yang tidak bermoral, merosakkan hubungan kekeluarga­an kerana kurang komunikasi bersemuka, dan tiada kemahiran hidup kerana terlalu bergantung kepada gajet untuk selesaikan semua perkara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia