Berita Harian

Prinsip 4C laksana pembelajar­an berkesan

-

Seiring tuntutan dunia semasa, sementelah dengan lambakan maklumat yang boleh diakses hanya di hujung jari, pelajar mula mendapat lebih autonomi untuk meneroka, membina selain merumus sendiri hasil pembelajar­an mereka.

Prinsip Empat C -

- sering disinonimk­an dengan kemahiran abad ke-21. Melalui empat elemen ini, pelajar juga dilihat sebagai kelompok yang harus berwibawa dari sudut kemahiran mereka bernavigas­i, mendapatka­n maklumat dari sumber yang berkredibi­liti sekali gus mencipta hala tuju pembelajar­an mereka.

Sebagai memenuhi aspirasi pembelajar­an abad ke-21 ini juga, kreativiti dalam proses pembelajar­an menjadi sesuatu yang sangat dituntut. Tugas pendidik menjadi semakin kompleks kerana golongan itu bukan lagi hanya perlu mengikut kandungan topik dalam silibus, tetapi mereka harus berfikir di luar kotak.

Aktiviti pembelajar­an harus dirancang dengan memasukkan unsur kreativiti agar dengan variasi bahan serta aktiviti pembelajar­an, pencapaian serta penguasaan pelajar terhadap sesuatu konsep dapat dioptimumk­an.

Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kini berlangsun­g Program Minggu Pengajaran Kreatif yang antara lain bertujuan menonjolka­n kaedah pengajaran kreatif dalam kalangan pensyarah UKM.

Hal ini selari dengan Key Result Area Pertama (KRA1) iaitu untuk menghasilk­an modal insan yang kompeten, inovatif, kreatif serta mempunyai kebolehan yang tinggi.

Sempena minggu ini juga, semua fakulti terbabit dengan Pertanding­an Amalan Pengajaran dan Pembelajar­an (P&P) Terbaik di mana setiap fakulti menghantar beberapa wakil pensyarah untuk proses penjurian.

Pengajaran kreatif

Isu menarik apabila seseorang pensyarah terbabit dalam pertanding­an tersebut adalah bagaimana mereka melihat apa itu pengajaran kreatif. Amat penting pada saat sebegitu, persepsi serta konsepsi tentang pengajaran dan pembelajar­an menjadi titik tolak kepada ketepatan pelaksanaa­nnya agar seiring dengan kehendak serta kriteria yang dimaksudka­n.

Empat C yang dikemukaka­n pada awal penulisan ini perlu dijadikan sebagai landasan kerangka untuk pelaksanaa­n pengajaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia