Berita Harian

30 orang maut dua bas bertembung di Pakistan

-

Islamabad: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh, manakala 50 lagi cedera selepas dua bas penumpang bertembung di tengah Pakistan, semalam.

Menurut pihak berkuasa, dua bas berkenaan yang dikatakan membawa lebih 100 penumpang, bertembung di bandar Khanpur, kira-kira 800 kilometer ke selatan ibu kota Islamabad.

“Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh manakala 50 yang lain cedera dalam kemalangan itu,“kata pegawai kerajaan tempatan, Zafar Iqbal.

Petugas penyelamat masih cuba mengeluark­an mangsa yang tersepit dari bas yang remuk dan menjangkak­an angka korban meningkat.

Ketua polis tempatan, Mehar Arsal berkata ketika kejadian, bas itu merempuh pokok selepas bertembung.

Kualiti jalan teruk

Pakistan mencatat rekod korban nahas jalan raya antara yang paling tinggi di dunia berikutan kualiti jalan raya yang teruk, kenderaan yang tidak diselengga­ra dan kecuaian pemandu.

Sementara itu, di Sao Paulo, sekurangku­rangnya 25 banduan terbunuh dalam pergaduhan di sebuah penjara dekat utara Brazil membabitka­n dua kumpulan yang bertelagah, lapor media tempatan memetik sumber polis.

Menurut laman web G1, tujuh daripada mangsa dipancung manakala enam lagi dibakar dalam pergaduhan di sebuah penjara di Boa Vista, ibu kota negeri Roraime.

Pergaduhan itu tercetus apabila anggota kumpulan Primeiro Comando da Capital menyerang dan masuk ke sayap penjara di mana banduan dari kumpulan Comando Vermelho ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia