Berita Harian

Misi tebus kesilapan

Dele Alli gesa pemain Spurs tidak sia-siakan peluang untuk rakam kemenangan kedua bertemu Leverkusen

-

̌

Bintang tengah, Dele Alli menggesa Tottenham untuk ‘menyempurn­akan peluang’ ketika berkunjung ke Jerman bagi pertembung­an Liga Juara-juara menentang Bayer Leverkusen, awal pagi esok.

Tottenham ketika ini menghuni tangga kedua Kumpulan E selepas satu kemenangan serta sekali seri dan kejayaan ke atas skuad bimbingan Roger Schmidt diharap menebus kekecewaan selepas sekadar seri 1-1 menentang West Brom dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), minggu lalu.

Pada perlawanan itu, Spurs memperoleh beberapa peluang terbaik menghasilk­an gol namun mensia-siakannya, jadi bagi kunjungan ke Bayarena, Alli mengakui rakan sepasukann­ya perlu lebih klinikal untuk mencatat kemenangan kedua di pentas elit Eropah itu.

“Saya tidak sabar untuk beraksi di Liga Juara-juara, kembali ke sana dan berharap memperoleh beberapa minit dan cuba untuk menang,” kata Alli. “Kami perlu meningkatk­an diri sendiri.

Cipta peluang

“Pemain memang kecewa kami gagal meraih tiga mata (bertemu West Brom). Namun ada banyak perkara positif. Kami bermain dengan amat baik, mungkin kami mensia-siakan peluang namun kami mencipta peluang, ia adalah positif.

“Perlawanan seterusnya kami perlu memastikan ia tidak akan disia-siakan,” katanya.

Skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu tewas di laman sendiri pada perlawanan pembukaan kepada Monaco namun bangkit menewaskan kelab Russia, CSKA di Moscow pada aksi kedua.

Di kempen EPL, Spurs muncul satu-satunya pasukan yang belum pernah kalah selepas mengharung­i lapan perlawanan.

 ??  ?? Aksi Alli (kanan) ketika saingan Liga Perdana Inggeris menentang Everton.
Aksi Alli (kanan) ketika saingan Liga Perdana Inggeris menentang Everton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia