Berita Harian

Kami kembali ke dunia nyata: Ranieri

-

Leicester: Claudio Ranieri menegaskan Leicester sedang menjalani tempoh yang normal musim ini selepas kejayaan luar biasa merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

The Foxes pada Sabtu lalu tunduk 3-0 di Chelsea, yang merangkul gelaran juara pada musim sebelumnya.

“Musim lalu kami bukannya berada di dunia ini, kami berada luar daripada dunia ini,” kata Ranieri. “Dan kini kami kembali ke dunia ini dan kami kami perlu segera bangkit.

“Apa yang berlaku musim lalu adalah sesuatu yang istimewa... ia bukannya mustahil, tetapi ia sangat gila. Kini kami kembali normal. Kami adalah Leicester yang normal, yang perlu bertarung.”

Prestasi Leicester merosot

Leicester akan menerima kunjungan FC Copenhagen untuk aksi Liga Juara-juara pada awal pagi esok, dalam usaha mereka mengukuhka­n kedudukan peneraju Kumpulan G selepas meraih dua kemenangan sebelum ini.

Pertanding­an elit Eropah ini dianggap sebagai punca kepada kemerosota­n prestasi Leicester di peringkat liga domestik, tetapi Ranieri tidak bimbang dengan kemungkina­n berdepan penyingkir­an pada akhir musim ini.

Ranieri, yang sepanjang musim lalu menekankan untuk anak didiknya meraih 40 mata untuk mengelakka­n penyingkir­an, berkata: “Risau? Tidak, tetapi kami perlu segera bangkit.

“Saya mengatakan kepada pemain tempoh EPL amat panjang dan kami perlu mencapai 40 mata. Liga Juara-juara pula dua bulan, dan atas alasan ini kami perlu kekal kompetitif dalam kedua-dua pertanding­an.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia