Berita Harian

Ronaldo tiada masalah, dia gembira: Zidane

Sentiasa sebarkan tenaga positif kepada rakan sepasukan

-

Zinedine Zidane menolak pandangan yang mengatakan penyerang bintangnya, Cristiano Ronaldo tidak gembira sekali pun meledak gol ketika menang besar 6-1 ke atas Real Betis, minggu lalu.

Ia adalah gol kedua Ronaldo dalam kempen La Liga musim ini selepas pulih daripada kecederaan namun perlu menunggu sehingga minit ke-78 sebelum meledak dan menunjukka­n reaksi resah sebelum itu.

Begitupun, Zidane menegaskan tiada sebarang masalah dengan sikap yang ditunjukka­n Ronaldo sambil mengatakan keinginan yang ditampilka­n penyerang kelahiran Portugal itu adalah normal.

Dia fokus

“Cristiano Ronaldo tidak nampak gelisah,” kata Zidane yang akan membawa pasukannya menanti kunjungan kelab Poland, Legia Warsaw dalam kempen Liga Juara-juara, awal pagi esok. “Dia sentiasa mahu menjaringk­an gol, jadi ia normal.

“Apa yang penting dia fokus dan menyebarka­n segala tenaga positif kepada pemain lain. Saya gembira dengan gol yang diperolehn­ya.”

Tanpa Ronaldo, yang terlepas tiga perlawanan awal Real di La Liga akibat kecederaan, 15 pemain berbeza sudah meledak gol termasuk Isco yang menjaringk­an dua gol ketika membelasah Betis.

“Ia bukan sesuatu yang pertama kali berlaku hari ini. Ia juga berlaku pada perlawanan sebelum ini. Kami bertuah mempunyai ramai pemain penting di setiap posisi dan mereka menonjol di setiap perlawanan.”

Bertemu Legia di laman sendiri, Santiago Bernabeu, Real tampak tidak bermasalah untuk mencatat kemenangan ke atas lawan yang sudah melepaskan lapan gol daripada dua perlawanan setakat ini.

Dan jika prestasi ketika mencatat kemenangan besar ke atas Betis di mana Zidane mengatakan tahap intensiti kelabnya cukup baik diulang, tidak mustahil peristiwa di Dortmund – Legia tewas 6-0 mungkin berulang.

 ??  ?? Penjaga gol Betis, Antonio Adan gagal menampan percubaan Ronaldo dalam saingan La Liga, kelmarin.
Penjaga gol Betis, Antonio Adan gagal menampan percubaan Ronaldo dalam saingan La Liga, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia