Berita Harian

‘Kesilapan Buffon tak ganggu saya’

-

Paris: Bos Juventus, Massimilia­no Allegri dalam nada bergurau menyifatka­n kesilapan penjaga gol veteran, Gianluigi Buffon ketika menentang Udinese pada aksi domestik, minggu lalu hanya untuk ‘menyedarka­n’ pemainnya.

Buffon selepas pertembung­an yang berakhir dengan kemenangan 2-1 itu dikritik apabila melakukan kesilapan tidak sepatutnya – mengulangi kesilapan sama ketika mengetuai Itali bertemu Sepanyol pada aksi kelayakan Piala Dunia.

“Kesilapan Buffon tidak mengganggu saya,” kata Allegri. “Dia bermain 50 perlawanan setahun yang lalu. Kali ini, dia mahu mencetus kesukaran untuk membangunk­an kami daripada lena dan dia melakukan aksi menyelamat hebat menghalang tandukan pemain lawan.”

Tanpa Chiellini

Juventus yang menang menerusi dua jaringan Paulo Dybala pada perlawanan itu dijadual menentang kelab Perancis, Lyon awal pagi ini di laman lawan.

Pendahulu Serie A itu dijangka akan turun tanpa khidmat tonggak pertahanan, Giorgio Chiellini namun Allegri tidak panik dengan situasi itu.

“Chiellini mengalami kecederaan..ia sepatutnya tidak serius dan kita akan lihat sama ada dia mampu diturunkan menentang Lyon,” katanya.

Lyon dalam pada itu pasti mengharapk­an kepulangan semula penyerang berbisa, Alexandre Lacazette daripada kecederaan akan menjadi pemangkin ketika menentang Juve di laman sendiri.

Lyon tewas enam daripada 12 perlawanan musim ini dan masih segar dengan kekalahan 2-0 kepada pendahulu Ligue 1, Nice.

“Kami berada di situasi yang sukar, kami perlu kembali bekerja, menjadi kuat,” kata penjaga gol, Anthony Lopes.

Dengan kehadiran semula Lacazette yang sudah menjaringk­an enam gol daripada empat perlawanan musim ini, Lyon dijangka kembali menggunaka­n formasi 35-2.

 ??  ?? Pemain Udinese, Jakub Jankto menewaskan Buffon dalam saingan Serie A, kelmarin.
Pemain Udinese, Jakub Jankto menewaskan Buffon dalam saingan Serie A, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia