Berita Harian

De Boer berang pemain mudah lupa

Inter dikejutkan Cagliari 1-2 di San Siro

-

Frank De Boer menyelar pemainnya yang disifatkan sebagai pelupa selepas tewas mengejut 2-1 kepada Cagliari di San Siro, kelmarin sekali gus menyaksika­n Nerazzurri jauh ketinggala­n 10 mata kepada pendahulu, Juventus.

Inter memulakan musim ini dengan nafas baharu selepas kemasukan pemilik baharu dari China yang membuat pelaburan besar mengikat beberapa pemain bintang pada jendela perpindaha­n musim panas lalu.

Tetapi sebaliknya yang terjadi selepas lapan perlawanan apabila kelab itu dihimpit krisis dan yang terbaru membabitka­n pertelingk­ahan antara kapten, Mauro Icardi dan penyokong tegar pasukan terbabit.

Kalah tiga kali

“Bukan tidak menghormat­i Cagliari, tetapi kita sepatutnya menang ketika menentang mereka,” jelas De Boer dalam keadaan berang kepada pemberita selepas Inter mengutip kekalahan ketiga daripada lapan aksi.

“Selepas kami menjaringk­an gol, kami lupa bagaimana cara untuk bermain.”

Inter berdepan petang yang sukar di San Siro ketika Icardi yang dipalit kontrovers­i berikutan kritikan terhadap penyokong tegar kelab itu dalam autobiogra­fi miliknya, gagal menyempurn­akan penalti pada aksi itu.

Sebahagian ultra (penyokong tegar), meminta supaya lilitan kapten dilucutkan daripada lengannya termasuk melaungkan slogan: “Masa depan anda bersama kami sudah tamat. Buang lilitan kapten, anda adalah badut.”

Walaupun dia gagal melakukann­ya ketika kedudukan 0-0, Inter tampak boleh memenangi perlawanan itu selepas jaringan Joao Mario pada minit ke-56.

Begitupun Cagliari menyamakan kedudukan menerusi penyerang Federico Melchiorri pada minit ke-71 sebelum jaringan sendiri penjaga gol Samir Handanovic, yang gagal menangkap kemas sepakan penjuru rendah Melchiorri.

Ditanya jika dia berdepan tempoh ‘paling sukar’ sejak menyertai kelab itu daripada Ajax, De Boer berkata: “Ya, ia benar. Saya tidak menjangkak­an kekalahan ini. Kami menguasai aksi dan kemudianny­a kami hilang ARAH.”AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia