Berita Harian

Bayern tidak patut seri: Rummenigge

-

Berlin: Karl-heinz Rummenigge menyifatka­n keputusan seri 2-2 Bayern Munich dengan Eintracht Frankfurt yang bermain 10 orang sebagai 'tidak boleh diterima' sehingga menyebabka­n pendahulu Liga Jerman itu gagal menang dalam tiga perlawanan terakhir.

Pengerusi kelab itu berkata, Bayern yang akan menanti kehadiran PSV Eindhoven dalam perlawanan peringkat Eropah awal pagi Khamis ini mesti menang selepas tewas 1-0 dalam aksi Liga Juara-juara kepada Atletico Madrid dan seri 1-1 bertemu Cologne dua minggu lalu dalam saingan Bundesliga.

Aksi rapuh

Selepas menang gelaran Liga Jerman sejak empat musim lalu, Bayern meletakkan standard yang tinggi dan Rummenigge tidak gembira dengan persembaha­n rapuh pada babak pertama ketika berdepan Eintracht, Pengerusi Bayern Munich kelmarin.

Bayern menguasai 62 peratus posisi - paling sedikit dalam 10 perlawanan setakat musim ini dan bergantung kepada nasib terutama pada babak pertama di Eintracht.

Watak berbeza

"Ia bukanlah Bayern Munich pada babak pertama, kami tidak boleh bermain seperti itu," kata Rummenigge yang berang. "Ia tidak boleh diterima, kami perlu keluar ke padang dengan watak yang berbeza.

"Anda mesti memulihkan­nya, bermula sekarang hingga bila-bila. Kami mesti berpuas hati kerana memungut satu mata walaupun kami bermain seperti itu pada babak pertama."

"Kami perlu menunjukka­n watak yang berbeza pada Rabu atau kami akan berdepan masalah."

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia