Berita Harian

Zulfahmi mahu bangkit di Qatar

- Oleh Khairil S Iswan

Kuala Lumpur: Tumpuan pelumba WSBK tunggal negara, Zulfahmi Khairuddin kini terarah untuk meraih keputusan terpuji pada pusingan terakhir perlumbaan yang dijadual berlangsun­g di Qatar, hujung bulan ini.

Pada perlumbaan pusingan ke-12 di Jerez, Sepanyol, kelmarin, Zulfahmi yang beraksi dalam kelas Supersport menamatkan saingan di tempat ke-15 sekali gus sekadar memberinya tambahan satu mata kejuaraan.

Selepas memperoleh permulaan baik sekali pun memulakan perlumbaan di petak ke12, pelumba pasukan Orelac Racing Verdnatura itu pada satu ketika berada di kedudukan kesembilan sebelum jenteranya dibebani masalah klac yang mengganggu rentaknya sepanjang perlumbaan.

“Saya memperoleh permulaan yang baik dan berada di kedudukan kesembilan selepas enam pusingan, namun kemudian saya berdepan masalah dengan klac di mana saya mengalami kesukaran untuk menurunkan gear,” kata pelumba kelahiran Banting, Selangor itu.

Kekal posisi

“Selepas sesi kelayakan, saya sebenarnya menjangkak­an sesuatu yang lebih baik. Namun selepas masalah itu, sukar untuk saya mengekalka­n posisi dan dipintas satu demi satu. Jika kami tidak berdepan masalah itu, saya fikir kami boleh menamakan perlumbaan di enam kedudukan terbaik.”

Tambahan satu mata di Jerez yang turut menobatkan pelumba Turki, Kenan Sofuoglu juara dunia 2016 menyaksika­n Zulfahmi kini menghuni di tangga ke-13 kedudukan Supersport dengan mengumpul 47 mata menuju pusingan terakhir di Litar Losail.

“Saya akan menggunaka­n segala yang positif pada minggu lalu bagi perlumbaan di Qatar di mana kami fikir kami boleh memperoleh keputusan yang bagus dan menamatkan musim ini dengan baik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia