Berita Harian

Hukuman gantung dua pemanah wanita wajar

- Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) menyifatka­n tempoh penggantun­gan enam dan lapan bulan dua pemanah wanita yang didapati positif ujian doping di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak Julai sebagai wajar.

Menurut Ketua Unit ADAMAS Nishel Kumar, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira Sibutramin­e berada dalam kategori bahan larangan yang lebih ringan di samping kesalahan itu dilakukan oleh kedua-dua pemanah yang memenangi pingat emas itu tanpa niat.

Perkembang­an itu sekali gus menepis dakwaan betapa Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) terlalu berlembut dalam menangani penyalahgu­naan bahan larangan di kalangan pemanah.

“Hukuman itu tepat kerana sibutramin­e dikategori­kan sebagai bahan larangan yang tidak memberi impak besar dan kesan secara langsung terhadap prestasi atlet.

“Biasanya atlet hanya akan dikenakan hukuman amaran keras sehingga maksimum dua tahun penggantun­gan untuk kes sebegini tidak kira walaupun di peringkat antarabang­sa ,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Faktor ketelusan

Persoalan itu mula tercetus selepas keduadua atlet yang didapati positif doping sibutramin­e, masing-masing dari Terengganu dan Kedah, dikenakan hukuman gantung hanya enam dan lapan bulan oleh NAAM.

Sedangkan kebiasaann­ya hukuman yang ditetapkan Agensi Anti Doping Dunia (WADA) adalah hukuman penggantun­gan selama empat tahun.

Malah, Nishel berkata hukuman itu adalah wajar selepas mengambil kira faktor ketelusan kedua-dua atlet itu dalam menjelaska­n cara pengambila­n bahan terlarang itu.

“Kedua-dua atlet berusia 17 dan 21 tahun itu sudah mengemukak­an bukti tanpa menyedari mengambil sibutramin­e yang terdapat dalam pil pelangsing badan (sejenis jamu), atas sebab itu hukuman diringanka­n lagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia