Berita Harian

SSBJ, SMK Seksyen 11 berentap

Tentukan juara Piala Menteri Pendidikan

-

Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) mara ke final Piala Menteri Pendidikan Malaysia (B14) 2016 selepas menewaskan SMK Seri Kota (SMKSK) 2-1 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Mini SMKSK, Bukit Serindit, Sabtu lalu.

Kedua-dua gol kemenangan SSBJ dijaringka­n Muhammad Danial Amaly di setiap babak permainan sekali gus mara dengan agregat sama selepas perlawanan pertama di Bukit Jalil, terikat tanpa jaringan.

Ketua jurulatih SSBJ, Wan Rohaimi Wan Ismail berkata semangat juang dan komitmen tinggi ditunjukka­n pemainnya wajar dipuji namun berpendapa­t pasukannya boleh menang dengan jaringan lebih besar jika tidak kerana ketiadaan penyudah.

Tonggak utama

“Prestasi sama seperti sebelumnya, kita kawal permainan tetapi hampa tiada penyudah. Bezanya, hari ini kita jaring dua gol, saya rasa kita ada lapan peluang terbuka, kita perlu lebih tajam,” katanya.

Jurulatih SMKSK, Jeraie Sitan pula menyifatka­n ketiadaan seorang pemain tonggak di posisi tengah bertahan akibat penggantun­gan perlawanan adalah faktor utama pasukannya gagal menyekat ancaman barisan depan SSBJ.

Di final, SSBJ akan bertemu SMK Seksyen 11 dari Selangor yang mara dengan menewaskan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) 2-1 (agregat 3-2) dalam satu lagi perlawanan separuh akhir berlangsun­g lebih awal.

Perlawanan akhir akan berlangsun­g pada 23 Oktober depan di Bandar Penawar.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Aksi pemain SSBJ ketika bertemu SMKSK di separuh akhir di Bukit Serindit, Sabtu lalu.
Aksi pemain SSBJ ketika bertemu SMKSK di separuh akhir di Bukit Serindit, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia