Berita Harian

Sairul mahu manfaat pengalaman

- Oleh Naqib Nor Said

Kuala Lumpur: Bekas pemain badminton negara, Sairul Amar Ayob berjanji akan memberikan yang terbaik selepas diberi kepercayaa­n menggalas tugas sebagai jurulatih perseorang­an wanita kebangsaan berkuat kuasa 1 November ini.

Biarpun masih baharu dalam dunia kejurulati­han, namun bekas juara Terbuka New Zealand itu yakin pengalaman selama 10 tahun sebagai pemain perseorang­an lelaki negara sebelum bersara pada 2009 amat berguna

“Saya cuba untuk memberikan yang terbaik dalam meningkatk­an prestasi pemain perseorang­an wanita negara walaupun ini pengalaman pertama saya sebagai jurulatih.

Cabaran baharu

“Malah pengalaman sebagai bekas pemain kebangsaan sedikit sebanyak akan digunakan sebaik mungkin termasuk menerapkan sistem latihan yang pernah dilalui saya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengulas mengenai tugasannya nanti, Sairul berkata dia terlebih dahulu perlu berbincang dengan Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen.

“Saya mengambil ini sebagai cabaran baharu dalam karier saya dan mengenai perancanga­n latihan saya akan berbincang dahulu dengan Morten Frost,” kata jurulatih berusia 36 tahun itu.

Anak jati Kangar, Perlis itu mula diserapkan ke dalam skuad pelapis perseorang­an lelaki kebangsaan pada 1998 sebelum membuat penampilan pertama di pentas antarabang­sa pada Kejohanan Satelit Singapura pada 1999.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia