Berita Harian

Peluang Hend jadi jutawan

CIMB Classic kejohanan penting pendahulu Order of Merit

-

Pendahulu carta Order of Merit Jelajah Asia, Scott Hend sudah mula mencongak peluang untuk bergelar jutawan apabila pentas CIMB Classic yang menawarkan hadiah kemenangan bernilai AS$7 juta (RM29.54 juta) membuka tirainya pada Khamis ini.

“Sebelum ini saya hampir memenangi Order of Merit, tetapi dipintas pemain lain yang jelas beraksi lebih baik.

“Tahun ini anda akan dapati dua antara kami akan melepasi catatan AS$1 juta (RM4.2 juta), atau mungkin tiga pemain. Ia pasti satu saingan yang sengit kali ini,” kata Hend yang menjuarai dua sirkit Jelajah Asia pada tahun ini.

“Ini adalah minggu yang penting bagi saya. CIMB Classic menjadi kejohanan yang penting kerana pertanding­an di Hong Kong selepas ini mungkin aksi terakhir saya tahun ini.”

Bagaimanap­un usaha pemenang sembilan sirkit Jelajah Asia itu mungkin berdepan kesukaran dengan rakan senegarany­a dari Australia, Marcus Fraser yang menjuarai Kejohanan Maybank Malaysia, Februari lalu turut mengintai peluang untuk melakar kejutan di Malaysia.

Bintang muda

Selain Hend, CIMB Klasik akan turut dimeriahka­n dengan kehadiran beberapa bintang muda Jelajah Asia seperti Wang Jeunghun Wang, Lee Soomin dan Song Younghan (Korea Selatan), Miguel Tabuena (Filipina) dan Chan Shih-chang (Taiwan).

India pula akan diwakili penyandang Order of Merit Jelajah Asia, Anirban Lahiri, S S P Chawrasia dan Gaganjeet Bhullar, yang muncul pemenang di Korea Selatan tiga minggu lalu.

Menghuni ranking kelima dalam senarai Order of Merit, Tabuena, 22, bertekad memberi cabaran dalam usahanya menyaingi semula Hend tatkala dia kini ketinggala­n kira-kira AS$280,000 (RM1.18 juta) di belakang pemain Australia itu.

Juara bertahan, Justin Thomas dari Amerika Syarikat turut akan tampil bagi mempertaha­nkan gelarannya, begitu juga pemain Australia, Adam Scott yang menduduki tangga kedua tahun lalu manakala Malaysia akan diwakili Gavin Kyle Green dan Danny Chia.

 ??  ??
 ??  ?? Hend juarai dua sirkit Jelajah Asia pada tahun ini.
Hend juarai dua sirkit Jelajah Asia pada tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia