Berita Harian

Kami sedia gempur: Safee

Mahu buktikan sentuhanny­a belum berkarat jumpa Bengaluru FC

- Oleh Rizar Mohd Noor

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safee Sali menegaskan sudah bersedia menggalas tugas selaku penggempur utama apabila Harimau Selatan turun menentang Bengaluru FC pada aksi separuh akhir kedua Piala AFC di Stadium Sree Kanteerava, Bangalore, India, malam esok.

JDT yang juga juara bertahan terpaksa mempertaru­hkan kelibat penyerang yang acap kali memanaskan bangku simpanan itu selepas hilang khidmat gandingan penggempur berbisa - Jorge Pereyra Diaz dan Juan Martin Lucero – gara-gara digantung satu perlawanan.

“Mungkin saya lebih banyak memanaskan bangku simpanan sebelum ini tetapi saya harap dapat membuktika­n betapa ketajaman saya masih belum berkarat lagi. Justeru, saya akan cuba melaksanak­an tanggungja­wab selaku penggempur utama dengan menjaringk­an gol.

“Bagaimanap­un, bebanan untuk menjaringk­an gol tidak terletak kepada saya seorang, sebaliknya kami beraksi secara berpasukan dan tidak mustahil pemain lain mampu jaringkan gol kerana misi utama pasukan untuk memburu kemenangan,” katanya.

Ikut arahan Gomez

Selain berdepan penggantun­gan dua tonggak penyerang itu, JDT berdepan tugas berat selepas sekadar seri 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama di Larkin 28 September lalu sekali gus kelab dari India itu tampak mempunyai kelebihan hasil jaringan di tempat lawan.

Ia diakui sendiri Safee tetapi menegaskan JDT sudah membuktika­n kemampuan mampu bangkit di tempat lawan termasuk kejayaan menjulang Piala AFC di gelanggang FC Istiklol musim lalu.

“Memang ia perlawanan yang sukar buat JDT namun kami harus sentiasa yakin dan fokus tanpa memikirkan kelebihan memihak Bengaluru FC yang beraksi di laman sendiri. Malah kami harus memberi tekanan kepada lawan dan mengikut arahan yang sudah ditetapkan jurulatih (Mario Gomez),” katanya.

 ??  ?? Safee (tengah) yakin dapat bantu JDT mara ke final Piala AFC dua musim berturut-turut.
Safee (tengah) yakin dapat bantu JDT mara ke final Piala AFC dua musim berturut-turut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia