Berita Harian

Pembahagia­n tiket final sama rata

Selangor, Kedah dapat peruntukan 30,000 keping

- Oleh Syed Riduan Ahmad

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mendapat peruntukan sama rata bagi penjualan tiket final Piala Malaysia 2016 yang akan berlangsun­g di Stadium Shah Alam pada 30 Oktober ini.

Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) memperuntu­kkan keseluruha­n 72,000 keping tiket termasuk 2,000 untuk kanak, dengan harga untuk tiket dewasa RM50 sekeping manakala kanak-kanak, RM5.

Bagi penjualan di negeri masingmasi­ng, FMLLP memperuntu­kkan 30,000 untuk setiap pasukan dengan tambahan 750 keping tiket kanak-kanak. Baki 10,000 tiket dewasa dan 500 tiket kanak-kanak akan dijual secara dalam talian menerusi Ticket Hotline.

Tiket akan mula dijual pada jam 10 pagi Rabu, 26 Oktober di dua lokasi - Stadium Darul Aman, Alor Setar dan Stadium Shah Alam.

Dalam mesyuarat Jawatankua­sa Pengelola Final Piala Malaysia 2016 di Stadium Shah Alam semalam, kedua-dua wakil pasukan berpuas hati dengan pembahagia­n tiket final walaupun masing-masing mengharapk­an peruntukan lebih tinggi bagi memenuhi permintaan penyokong masing-masing.

Amaran polis

KFA dan FAS diwakili Setiausaha Agung masing-masing, Datuk Aminuddin Omar dan Rosman Ibrahim. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP Kevin Ramalingam dan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat.

Sementara itu, Shafien memberi peringatan kepada keduadua penyokong untuk tidak membawa bahan larangan seperti suar ke dalam stadium atau berdepan tindakan tegas daripada anggota keselamata­n yang bertugas.

“Pihak polis akan meningkatk­an aspek kawalan keselamata­n di dalam dan di luar stadium kerana kita tahu momentum pada aksi final kali ini amat menarik yang mana menyaksika­n pertembung­an pasukan Kedah dan Selangor yang juga ulangan final tahun lalu.

“Pihak keselamata­n berharap kedua-dua penyokong dapat memberikan kerjasama kepada pasukan petugas semasa pemeriksaa­n di pintu masuk stadium dijalankan,” kata Shafien sambil menambah hanya tujuh dram sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan untuk dibawa masuk ke dalam stadium.

Katanya, penyokong Kedah akan masuk ke dalam stadium menerusi Kuadron B dan C manakala penyokong Selangor di Kuadron A dan D yang mana pintu stadium akan mula dibuka pada jam 4 petang pada hari perlawanan.

Selangor yang juga juara bertahan, mara ke final selepas menang agregat 5-1 ke atas T-team manakala Kedah menang agregat 2-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi separuh akhir.

 ?? [FOTO OSMAN ADNAN/BH] ?? (Dari kiri) Ramalingam bersama Aminuddin, Rosman dan Shafien pada sidang media selepas mesyuarat jawatankua­sa pengelola perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 di Stadium Shah Alam, petang semalam.
[FOTO OSMAN ADNAN/BH] (Dari kiri) Ramalingam bersama Aminuddin, Rosman dan Shafien pada sidang media selepas mesyuarat jawatankua­sa pengelola perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 di Stadium Shah Alam, petang semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia