Berita Harian

Nano Valley sasar pelaburan RM500J

Bakal tawar 10,000 peluang kerja di Malaysia menjelang 2020

- Oleh Shahrizan Salian

Nano Valley, daerah pembanguna­n teknologi nano berpusat pertama Asia Tenggara di Tanjung Malim, Perak dijangka menarik pelaburan asing bernilai RM500 juta dan mewujudkan 10,000 pekerjaan baharu di Malaysia menjelang 2020.

Projek membabitka­n kos sehingga RM300 juta itu adalah usaha sama antara Nanopac Group of Companies, Nanomalays­ia Bhd (syarikat di bawah Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi) serta firma minyak dan gas terkemuka dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), ACC Wildcat Energy Services.

ACC Wildcat Energy yang turut bergiat dalam industri tenaga dan pembinaan di rantau Asia Barat memegang kepentinga­n majoriti dalam projek yang akan dilaksanak­an menerusi tiga fasa selama lima tahun itu. →

Pengerusi Eksekutif Nanopac Group of Companies, Datuk Dr Cheng Kok Leong, berkata tumpuan utama Nano Valley adalah untuk menarik pelaburan berdaya maju dalam bidang teknologi nano.

Katanya, pembanguna­n Nano Valley yang mengambil inspirasi daripada Silicon Valley di Amerika Syarikat (AS) akan memberikan manfaat besar kepada negara ini dari segi kemajuan teknologi, menggalakk­an penggunaan teknologi boleh diperbahar­ui serta mewujudkan kekayaan.

“Nano Valley juga berhasrat menarik pelaburan dalam bidang berkaitan, termasuk pembanguna­n industri automotif dan pembuatan graphine,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran projek Nano Valley di Puchong, semalam.

Pelancaran disempurna­kan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Nanomalays­ia, Dr Rezal Khairi Ahmad dan Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan ACC Wildcat Energy Services, Dr Abed Fattah Muriby.

Pada majlis itu, ketiga-tiga syarikat turut memeterai Memorandum perjanjian (MOA) bagi projek pembanguna­n Nano Valley.

Kurang kebergantu­ngan minyak, gas

Mengulas lanjut, Kok Leong berkata, usaha membangunk­an industri teknologi nano bertepatan semasa Malaysia cuba untuk mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap hasil yang dijana daripada sektor minyak dan gas.

“Seperti dicerminka­n pada pembentang­an Bajet 2016, keutamaan tertinggi diberikan terhadap usaha mengukuhka­n ekonomi domestik dengan meningkatk­an produktivi­ti nasional, inovasi serta teknologi hijau,” katanya.

Sementara itu, Rezal Khairi berkata syarikat yang melabur di Nano Valley akan meraih beberapa manfaat melalui inisiatif teknologi nano negara, termasuk mendapat pengecuali­an cukai.

“Jika syarikat terbabit memenuhi syarat dan keperluan insentif yang ditetapkan, sudah pasti mereka layak mendapat keistimewa­an yang dinyatakan. Disebabkan itulah projek ini membabitka­n usaha sama pihak awam dan swasta,” katanya.

 ??  ?? Dari kanan Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan ACC Wildcat Energy Services, Dr Abed Fattah Muriby; Pengerusi Eksekutif Nanopac Group of Companies, Datuk Dr Cheng Kok Leong; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; Ketua...
Dari kanan Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan ACC Wildcat Energy Services, Dr Abed Fattah Muriby; Pengerusi Eksekutif Nanopac Group of Companies, Datuk Dr Cheng Kok Leong; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau; Ketua...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia